Followers

Sunday 17 November 2013

Sudah Ada Bunyi Mahu BERUBAH Dalam MCA ?!!


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau berharap pemilihan parti bulan depan akan berjalan lancar dan tidak mencetuskan krisis.

Katanya parti itu sudah tiada kemampuan politik untuk terbabit krisis dalaman kerana "kita sekarang berada di tahap paling rendah dalam sejarah MCA".

"Jika kita terus bergaduh, kita akan lenyap," katanya dalam sidang media selepas merasmikan konvensyen tahunan MCA Selangor, di sini Ahad.

Bekas menteri kesihatan itu juga menggesa pemimpin parti bekerja sebagai satu pasukan selepas pemilihan berakhir dan menegaskan bahawa kepimpinan baharu mesti merangkumi semua puak untuk bergerak ke hadapan.

"Ini pemilihan parti, tidak wujud konsep yang menang kaut semua atau yang kalah hilang segalanya," katanya. - BERNAMA

Dari satu sudut MMI menyokong gesaan dan saranan pemimpin utama MCA itu untuk berubah , dari sudut yang lain pula sejauh mana saranan perubahan itu mampu di terjemahkan oleh ahli-ahli MCA ?

Perlu di ingat perubahan yang mahu di lakukan oleh MCA perlu benar-benar selari dengan apa yang sedang di lakukan oleh UMNO kerana ianya melibatkan parti yang menghimpunkan kaum terbesar di Malaysia.

Malah perubahan itu bukan sahaja melibatkan ahli-ahli dalam parti tetapi juga dasar politiknya kerana tanpa kesepakatan yang jitu sesama rakan komponen dalam Barisan Nasional MUSTAHIL satu-satu perubahan itu dapat memberikan kejayaan.

Pada pandangan MMI , MCA sebenarnya sudah di lihat sebagai antara parti yang GAGAL menyumbang kepada kekuatan Barisan Nasional dan ini merupakan liabiliti yang perlu di tanggung oleh banyak pihak dan MCA perlu terima hakikat itu.

Berubah bukan sahaja dari segi kepimpinan parti tetapi istilah pasukan itu perlu di terjemahkan sehingga ke akar umbi dan gerak kerja parti untuk pastikan sokongan pengundi kaum cina kembali kepada Barisan Nasional.

Persoalanya MAMPUKAH MCA melakukannya ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels