Followers

Sunday, 17 November 2013

PKR Makin Caca Marba ANWAR Makin GAGAL !!


Pada ketika puak-puak pembangkang masih pukoi canang kononnya mereka berjaya menjadi monyet dan orang utan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.Anwar Ibrahim sudah tentu menjadi manusia yang paling gembira kerana anak-anak buahnya kini semakin dewasa malah sudah menganggap sidang semulia Dewan Rakyat sebagai gelanggang sarkas.

Namun kegembiraan Anwar tidak lama kerana beliau sekali lagi menerima perkhabaran duka apabila Datuk Wan Salleh Wan Isa mengumumkan dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Langkawi berkuatkuasa semalam dan tidak akan melibatkan diri dengan parti berkenaan lagi.

Pengumuman dibuat dalam satu sidang media di Hotel De Baron, Langkawi.


Wan Salleh berkata, punca utama dia meninggalkan parti disebabkan PKR Kedah bagai tidak berfungsi dan masih tidak membuat sebarang aktiviti termasuk mesyuarat parti.

PKR pusat juga didakwa tidak mengambil berat kepada cabang seluruh Malaysia dan ketua yang bertungkus lumus menghidupkan parti selama ini hinggakan, pejabat PKR Langkawi terpaksa dikosongkan kerana mempunyai tunggakan sewa selama enam bulan.

Wan Salleh juga menyuarakan perasaan hampa kerana tidak diberi peluang untuk bertanding di DUN Kuah ketika PRU 13 lalu setelah peluang diberikan kepada orang luar yang disifatkannya tidak faham keadaan setempat.

Tambahnya, dia keluar parti bukan kerana ditawarkan wang ringgit oleh mana-mana parti malah tidak akan menyertai dan berkompromi dengan dengan UMNO juga selepas ini.

Sebaliknya dia akan tetap membantu anak bangsa menerusi badan NGO.

Sebelum ini Wan Salleh pernah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PKR Kedah, empat bulan lalu. Tempatnya digantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Caca marba puak-puak PKR ni , eloklah dengan ketua umum tu pun SONGSANG ! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels