Followers

Saturday 30 November 2013

Thailand Di Ambang RAMPASAN KUASA !!

Gambar Hiasan
Keadaan di Thailand nampaknya semakin panas , penunjuk perasaan antikerajaan di Thailand, menyerbu ibu pejabat tentera dan menduduki ibu pejabat parti Phuea Thai, mendesak tentera menggulingkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Penunjuk perasaan menyasarkan bangunan utama kerajaan di Bangkok, dalam bantahan jalanan terbesar sejak perhimpunan besar-besaran pada 2010 yang bertukar menjadi krisis paling buruk negara itu dalam masa beberapa dekad. 

Beribu-ribu penunjuk perasaan- gabungan penyokong institusi diraja, penduduk selatan dan kelas pertengahan bandar disatukan oleh kebencian terhadap bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Jutawan telekomunikasi kontroversi itu, disingkirkan dalam rampasan kuasa 2006 dan memilih tinggal dalam buangan tetapi dipercayai memegang kuasa sebenar di sebalik kerajaan pimpinan adiknya, Yingluck.

Penunjuk perasaan menuntut pengakhiran rejim Thaksin dan mahu menggantikan kerajaan dengan majlis rakyat yang tidak dilantik. Mereka memaksa pintu pagar ibu pejabat tentera dibuka, menggesa tentera menyokong usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. 

Mereka mengibarkan bendera sambil berlindung di bawah payung daripada panas ketika berkumpul di pekarangan bangunan tentera di Bangkok.

Penunjuk perasaan juga berkumpul di luar ibu pejabat parti Puea Thai pimpinan Yingluck, mencetuskan ketegangan dengan polis pencegah rusuhan yang mengawal bangunan berkenaan.

Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva (tengah) bergambar bersama penyokongnya ketika menyertai protes antikerajaan di Bangkok, semalam.
Potong bekalan elektrik

Langkah provokatif serampang dua mata terhadap simbol kekuasaan itu dilakukan sehari selepas penunjuk perasaan memotong bekalan elektrik ke ibu pejabat polis, tidak menghiraukan rayuan Yingluck supaya rakyat bertenang selepas menang undi tidak percaya di Parlimen.

Dengan semangat yang dirangsang makanan percuma dan suasana pesta, penunjuk perasaan berhimpun di beberapa lokasi termasuk di luar banyak bangunan kerajaan. - AFP

Apakah sejarah bakal berulang di negara gajah putih ini ?? Adakah rampasan kuasa oleh tentera akan berlaku sekali lagi ?? 

Psst dah banyak kali tukar tak setuju juga , boleh hancur negara !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels