Followers

Saturday 2 November 2013

"Trafic Jammed" Sungai Limau Mula SESAK !!!


Bahang pilihanraya kecil DUN Sungai Limau sudah mula terasa dan sejak malam tadi jalanraya di sekitar Sungai Limau mula sesak dengan deretan kenderaan pelbagai jenis.Daripada kenderaan persendirian sehinggakan kepada kenderaan milik parti mahupun agensi kerajaan memenuhi jalanraya hingga kesesakan itu di laporkan memakan masa hampir 1 jam lamanya.

Salah satu punca kepada kesesakan melampau ini adalah kerana deretan gerai-gerai yang di dirikan di bahu-bahu jalan oleh kebanyakkannya peniaga-peniaga berdekatan bilik-bilik gerakan pembangkang yang tiba-tiba muncul.

MMI yang menempuh kesesakan itu sempat mengambil beberapa gambar dan jelas ianya adalah salah satu punca kepada berlakunya kesesakan melampau ini.MMI yakin dan percaya kesesakan ini akan berterusan kerana 2 hari sebelum tempoh pembuangan undi bagi PRK Sungai Limau jatuh pada hari cuti hujung minggu sabtu dan ahad.

Maka di jangkakan kehadiran penyokong-penyokong parti dari kedua-dua pihak akan bertambah.



Boleh saja pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga ini kerana membuka perniagaan dengan sewenang-wenangnya namun biarlah sekurang-kurangnya ia menceriakan suasana walaupun ramai di kalangan pemandu sakit hati.

Apa pun Sungai Limau semakin panas dengan bahangnya , kepada yang berkira-kira mahu turun ke Sungai Limau bersiaplah untuk menempuh kesesakan jalanraya khususnya di waktu malam.

Jom Sungai Limau !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels