Anwar Ibrahim semalam di datangkan khas ke DUN Sungai Limau bagi membantu jentera PAS yang kini semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi.Dengan jentera Barisan Nasional yang tersusun serta gerak kerja berterusan semua sayap menyebabkan PAS dan pasukan pembangkang tidak senang duduk.
Oleh kerana itu maka Anwar Ibrahim di rasakan perlu segera di turunkan bagi membayangi kekuatan pasukan jentera Barisan Nasional yang kini sudah memperlihatkan kesannya.
Seperti biasa kehadiran Anwar Ibrahim sudah tentu akan menghimpunkan ramai penyokong-penyokong pembangkang dan ianya sudah pasti akan mengamit kehadiran mereka-mereka dari luar Sungai Limau.
Namun ada sesuatu yang agak menghairankan dalam ceramah Anwar Ibrahim semalam di Sungai Limau apabila kelibat pengundi-pengundi kaum cina di tenggelami dengan penyokong-penyokong tegar PAS yang kebanyakkannya bukan dari kalangan pengundi di DUN Sungai Limau.
Jika di ukur dari kehadiran semalam boleh di katakan majoriti pengundi kaum cina tidak hadir dan tidak menyokong pasukan pembangkang yang meletakkan calon dari parti PAS sehinggakan Azmin Ali sendiri dalam ucapannya melahirkan rasa kecewanya dengan kurangnya sokongan pengundi kaum cina.
Dalam masa yang sama , Anwar cuba untuk mengalih tumpuan mereka yang hadir dengan membangkitkan isu kenaikan harga gula dan sudah semestinya mencanangkan tentang pelan GST yang akan di laksanakan oleh kerajaan menjelang 1 April 2015.
Rata-rata yang hadir semalam jelas sebenarnya kurang memahami tentang apa itu GST yang akan di laksanakan oleh kerajaan sampaikan ada di kalangan mereka yang berborak sesama sendiri sewaktu ucapan Anwar Ibrahim.
Untuk itu mungkin ada di kalangan kita sendiri atau mereka-mereka dari kalangan penyokong pembangkang yang belum faham tentang kenapa kerajaan Malaysia memperkenalkan GST !! Untuk itu MMI bawakan video kepada ampa semua supaya sekurang-kurangnya kita dapat memahami serba sedikit tentang apa itu GST ??
Pasti apa yang terkandung dalam penerangan di atas tidak di sentuh oleh Anwar Ibrahim sewaktu ceramah beliau semalam.Kepada seluruh rakyat khususnya di DUN Sungai Limau jangan sesekali terpedaya dengan dakyah daripada pembangkang kerana hakikatnya mereka sendiri mengakui bahawa pelaksanaan GST oleh kerajaan ini sebenarnya memberikan banyak faedah kepada rakyat dan negara.
Cumanya biasalah dah nama pun pembangkang maka akan berbalik kepada tabiat sedia ada MEMBANGKANG apa saja pelaksanaan oleh kerajaan Malaysia waima ianya mampu membawa kebaikan kepada semua.
MMI
No comments:
Post a Comment