Followers

Tuesday, 26 November 2013

Zed Zaidi MANGSA POLITIK Dalam SENIMAN !! @rozaidijamil


Rasanya dah ramai yang sedar dan tahu apa yang sedang berlaku dalam persatuan SENIMAN yang di pimpin oleh Zed Zaidi selaku Presiden.

Jangan sesekali nafikan sudah ada bau-bau politik yang melanda persatuan itu sehinggakan mahkamah membuat keputusan mesyuarat agung persatuan itu tidak sah.

“Saya umpama mencuci najis,” demikian luah bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang terpaksa akur jawatannya telah gugur selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis lalu memutuskan semua ahli jawatankuasa persatuan berkenaan tidak sah.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, kesilapan yang dilakukan oleh pasukan pemimpin Seniman sebelumnya adalah satu perkara yang amat menyedihkan kerana ia turut mengheret kepimpinan terbaharu dalam kemelut tersebut sehingga peranan mereka dibatalkan.

“Saya umpama mencuci tahi orang. Bila kita dah cuci (tahi) itu bersih-bersih, ia jadi (tahi) semula. Kami adalah mangsa keadaan kerana kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu.

“Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya,” kata Zed Zaidi dalam satu pertemuan dengan kira-kira 50 ahli Seniman di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu lalu.

Selain Zed Zaidi, pertemuan itu turut disertai beberapa bekas ahli jawatankuasa persatuan tersebut termasuklah bekas Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak.

Pertemuan itu diaturkan oleh Setiausaha Kerja Seniman 1 dan 2, Raja Mohd Faizal Raja Mohamad Anuar dan Juniza Maslan yang mengambil alih tugas mengemudi persatuan buat sementara waktu.

Zed berkata, semasa menjadi Presiden Seniman, pelbagai usaha telah dilakukannya termasuklah berhasrat mewujudkan kad diskaun 1Malaysia untuk golongan artis, insurans serta perumahan rakyat bagi golongan berkenaan.Seterusnya 

MMI bukanlah sengaja mahu mencampuri urusan persatuan SENIMAN ataupun menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Namun itulah realitinya bila mana kita bersama-sama dengan mereka yang sering mengaku MELAYU.

Bukan bermaksud mahu menghina MELAYU tetapi itulah yang sering berlaku MELAYU sering kali suka menjatuhkan MELAYU.

PANTANG terlebih sedikit PASTI akan menjadi MANGSA kepada MELAYU sendiri.

Dalam isu SENIMAN , Melayu jugalah yang sebenarnya menjadi DALANG kepada kesusahan yang kini terpaksa di tanggung oleh Zed dan anggota SENIMAN yang lain.

Perlu diingat dalam hal ini Zed Zaidi masih di perlukan serta di sokong oleh hampir semua ahli SENIMAN termasuklah mereka - mereka yang kini dalam kategori VETERAN.Kenapa agaknya ???

Baca artikel di SINI 

Psss POLITIK kadang-kadang memenatkan !!! Apa pun gua sokong lu bro ..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels