Followers

Friday, 20 December 2013

9 Ribu Tentera Bersekutu Terdampar Di Normandy !!


Artis dari British, Jamie Wardley dan Andy Moss disertai oleh beratus-ratus sukarelawan, pada 21 September 2013 lalu, telah mengembara ke pantai Normandy dan melakarkan 9,000 'roh' di atas pasir di pantai itu.

Projek yang dinamakan 'The Fallen' adalah satu penghormatan kepada orang-orang yang kehilangan nyawa mereka semasa pendaratan D-Day pada 6 Jun 1944, dalam Perang Dunia II.

Pasukan asal terdiri daripada 60 sukarelawan, tetapi telah dibantu oleh hampir 500 penduduk tempatan di situ.





Untuk makluman pantai Normandy merupakan antara pantai yang mencatatkan sejarahnya yang tersendiri.Di sinilah bermulanya kejatuhan Hitler dan bala tenteranya yang pada ketika itu menguasai hampir seluruh Eropah.




Sedikit pencerahan tentang Perang Dunia Kedua..

Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). 

Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden.Ianya membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. 


Peperangan ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di medan Eropah , medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki.

Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels