Followers

Thursday, 19 December 2013

Mereka Terus BERJUANG !! @azwanbro



Mereka terus berjuang !! MMI rasa itulah ungkapan yang selayaknya di berikan kepada saf kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru apabila bukan sahaja bertindak sebagai sayap utama dalam parti tetapi juga menjadi nadi dan suara kepada jutaan rakyat di luar sana tanpa mengira usia.

Sekali pandang tindakan pemuda UMNO ini di anggap sesetengah pihak sebagai retorik semata-mata apabila ketegasan yang mereka tunjukkan berkenaan isu melibatkan rakyat di klasifikasikan sebagai ngauman tidak berlidah.

Sepanjang pemerhatian MMI , ada di kalangan pihak-pihak tertentu di luar sana sama ada penyokong pembangkang , atas pagar , yang langsung tidak pernah mendaftar apatah lagi mengundi , penyokong UMNO , penyokong kerajaan malah mungkin mat-mat bangla dan warga vietnam yang menumpang di negara kita menganggap ianya tidak lebih dari sekadar lakonan kerana pucuk pimpinan kerajaan adalah mereka yang SEPARTI dengan mereka-mereka dalam pemuda.

Ya..Dalam soal parti MMI akui memang mereka berada dalam saf yang sama namun perlu diingat tindakan yang di ambil oleh sayap pemuda UMNO ini bukan sesuatu yang boleh di anggap biasa apatah lagi sekadar lakonan semata-mata.

MMI melihat dalam konteks yang jauh lebih terbuka apabila suara anak-anak muda ini bukan sahaja tegas tetapi punya JIWA yang rasanya mampu untuk kita warga marhain letakkan harapan.

Yang pasti mereka bukan kumpulan yang menentang kerajaan membuta tuli waima sanggup menggadaikan MARUAH sendiri semata-mata kerana nafsu dan keinginan untuk BERKUASA.

Apatah lagi sembrono menjadi pak angguk kepada mana-mana pemimpin yang lebih mementingkan nafsu untuk berjawatan daripada memikirkan tentang nasib rakyat sejak Malaysia MERDEKA.

Sedarkah kita bahawa mereka sedang berjuang untuk kebajikan dan nasib rakyat di negeri yang di tadbir oleh Pakatan Haprak ??

Tak di nafikan seluruh rakyat bakal terlibat dalam setiap dasar yang di lakukan oleh kerajaan namun dalam ruang lingkup isu kenaikan kadar tol dan kenaikan tarif elektrik , pemuda sebenarnya sedang berjuang untuk untung nasib rakyat khususnya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur tanpa menidakkan nasib rakyat di negeri-negeri lain.

Jangan pula kita bezakan di antara Selangor dengan Kuala Lumpur kerana jarak dan kawasannya tidak jauh berbeza malah setiap minit ada saja rakyat Selangor di Kuala Lumpur dan begitu juga sebaliknya.

Sedarkah kita pemuda sudahpun menyatakan pendirian mereka dan memberikan cadangan kepada pihak berwajib supaya mengecualikan tarif elektrik kepada pengangkutan awam supaya tiada kenaikan kos di buat ? 

Tahukah yang di sebut itu antaranya melibatkan pengangkutan awam seperti LRT yang tidak terdapat di kampung-kampung seperti di Perak , Pulau Pinang , Kedah , Perlis dan negeri-negeri lain ?

Maka sudah hampir pasti apa yang sedang di bela kini adalah mereka-mereka yang sebahagian besarnya bukan penyokong UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Dalam masa yang sama jangan sesekali nafikan bahawa pemuda sudah pun memberikan pandangan supaya kenaikan kadar tol yang kebanyakkannya berada di Selangor dan Kuala Lumpur di kaji semula ?

Malah saudara Khairul Azwan Harun selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam sidang media turut memberikan cadangan supaya pihak lebuhraya ini mengurangkan kadar tol mereka sejajar dengan keuntungan yang di perolehi sepanjang tahun.

Malah beliau turut menyatakan sebagai badan korporat , syarikat konsesi lebuhraya ini boleh saja melakukan apa yang di panggil sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) sebagai tanggungjawab bersama dengan mengadakan program mengurangkan kadar bayaran tol.

MMI melihat ini bukan sahaja satu teguran dan tindakan tegas pemuda UMNO tetapi tindakan profesional yang menunjukkan kematangan pemuda UMNO dalam menyampaikan suara mereka.Malah kita harus akui desakan serta teguran mereka di susuli dengan cadangan yang MMI anggap jujur dan bernas bagi menyelesaikan apa yang di anggap sebagai BEBAN kepada kebanyakkan rakyat marhain.

Seperkara yang harus di ingat adalah mereka bukan sahaja membawa suara akar umbi penyokong-penyokong UMNO tetapi dalam masa yang sama bertindak sebagai pembela kepada nasib RAKYAT Malaysia termasuklah mereka yang menyokong PEMBANGKANG khususnya di negeri Selangor.

Dan MMI berkeyakinan suara pemuda ini akan di dengari oleh pucuk pimpinan kerana mereka berada dalam satu saf yang jauh lebih memudahkan urusan teguran dan penambahbaikkan di lakukan.

Percayalah mereka terus berjuang untuk kita !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels