PAU2013 sudah pun selesai dan sudah tentu banyak pihak sedia maklum di sebalik kelancaran persidangan UMNO kali ini terdapat juga perkara-perkara yang berlaku pada ketika persidangan sedang berlangsung yang menarik perhatian banyak pihak.
Isu kenyataan oleh Pengerusi BMB Ibdil sehingga mencetusan fenomena #Lifestyle antara yang mendapat perhatian begitu juga dengan kejadian banjir besar yang berlaku di negeri-negeri sebelah pantai timur yang mengakibatkan puluhan ribu penduduk terpaksa di pindahkan.
Malah pihak pembangkang bukan sahaja menjadikan kejadian alam ini sebagai tempat untuk mencari publisiti murahan tetapi turut menjadikannya sebagai medan untuk menghentam serta memfitnah pemimpin-pemimpin serta ahli UMNO kononnya lebih pentingkan persidangan daripada menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Namun segalanya berubah apabila satu persatu bantuan tiba kepada mangsa-mangsa banjir bahkan seluruh agensi kerajaan , NGO dan juga jentera UMNO telah sedia ada di kawasan terlibat justeru mematahkan fitnah serta tohmahan tidak berasas pembangkang.
Apa pun artikel ini bukannya di tulis untuk menceritakan tentang apa yang sedang berlaku di kawasan banjir tetapi MMI terpanggil untuk menulis berkenaan YB Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia & Sukan.
Pertamanya suka untuk MMI nyatakan dalam suasana dan iklim politik negara yang kini begitu mendesak dek kerana tangan-tangan pembangkang yang sering kali melakukan adu domba , kita seharusnya berpijak di bumi nyata dan sudah pasti rakyat adalah keutamaan kita.
Jangan sesiapa nafikan suara rakyat adalah suara keramat yang harus di dengari kerana di sinilah kekuatan satu-satu parti dan kerajaan untuk terus memerintah.Maka dalam situasi ini UMNO dan kerajaan Barisan Nasional harus menjadikan rakyat sebagai keutamaan walaupun dalam beberapa perkara parti dan kerajaan perlu ke depan demi untuk menjamin masa depan negara.
Justeru itu MMI amat tertarik dengan ucapan YB Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini.
"Kita difahamkan peningkatan tarif elektrik ini bukan sahaja sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api, tetapi juga menambah laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringit jumlahnya... Bagi Pemuda kenaikan tarif ini hanya menguntungkan TNB yang mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.
"Kepada TNB dan GLC-GLC lain, Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, sebaliknya tanggungjawab kepada rakyat jangan dilupa,"ujar berliau ketika membacakan ucapan dasar bertajuk 'Bersedia untuk esok'.Baca seterusnya di SINI
Walaupun banyak lagi perkara lain yang di sentuh oleh YB KJ , MMI memberikan penumpuan kepada kenyataan berkenaan kenaikan tarif elektrik kerana ianya benar-benar membawa hasrat dan suara akar umbi malah bukan sahaja di kalangan orang muda tetapi semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Sedarkah kita bahawa pemuda UMNO melalui YB KJ sebenarnya mendengar rintihan rakyat dan mereka sebenarnya telah menyulami apa yang menjadi halangan selama ini hingga menyebabkan segelintir daripada mereka di luar sana menjauhi UMNO.
Bukan satu perkara mudah untuk membentuk minda dan fokus ahli-ahli UMNO kerana selama ini kebanyakkan dari kita lebih retorik daripada realiti.Dan percayalah inilah yang menyebabkan UMNO serta BN hampir-hampir rebah dalam PRU sebelum ini.
Namun dengan pendekatan baru dan perubahan yang kini sedang di lakukan oleh parti maka MMI berkeyakinan UMNO sedang membentuk pasukan baru dalam suasana dan konteks yang jauh lebih baik daripada sebelum ini.
Kenyataan BERANI daripada seorang pemimpin anak muda seperti KJ seolah-olah mengulangi sejarah pergerakan pemuda sewaktu di bawah pimpinan Sardon Jubir,Datuk Idris Harun,Syed Jaafar Albar dan yang seangkatan dengannya.
Namun MMI agak kurang senang dengan tindakan pihak seperti blogger Ahirudin Attan @ Rocky's Bru apabila mempertikaikan tindakan YB KJ kerana mempersoalkan cadangan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Alasannya sebagai anggota kabinet pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy tidak wajar berbuat demikian.
"KJ (Khairy Jamaluddin) tidak boleh menganggap beliau bukan sebahagian daripada proses membuat keputusan itu, bukan sebahagian daripada tanggungjawab bersama itu," Baca Seterusnya
MMI akui dalam beberapa perkara apa yang di nyatakan oleh Ahirudin Attan itu ada benarnya namun beliau mungkin terlupa bahawa KJ merupakan seorang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang hari ini bertanggungjawab untuk mendengar suara hati rakyat khususnya orang-orang muda.
Sedarkah Ahirudin , KJ sebenarnya membawa jutaan suara akar umbi khusus berkenaan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh kerajaan dan tahukah Ahirudin rakyat di akar umbi tidak senang dengan kenaikan tersebut ??
Mungkin Ahirudin sendiri lupa bahawa dalam parti UMNO , sayap pemuda sebenarnya sudah lama di lihat sebagai sekadar pelengkap kepada parti dan apa yang sedang berlaku kini sebenarnya merupakan satu perubahan untuk menjadikan sayap pemuda lebih efektif sebagai golongan pendesak kepada parti.
Jangan pula di salah anggap kenyataan MMI ini , pendesak dalam erti kata mendesak kepimpinan parti untuk sentiasa berada di landasan yang terbaik supaya segala dasar yang di gubal itu memenuhi harapan rakyat yang menjadi nadi kepada kekuatan parti dan kerajaan.
Tidak salah pemuda menegur selagi mana ianya mampu memberikan kebaikan kepada parti dan kerajaan.
Inilah sebenarnya yang mahu di lihat oleh kebanyakkan rakyat di luar sana , harapan mereka supaya suara mereka di dengari dan rintihan mereka di bela !
Antara ayat akhir Ahirudin "Saya rasa dia (Khairy) mula cuai dan tidak buat kerja rumah yang cukup,"
Inilah cabaran besar yang harus di galas oleh YB KJ bersama-sama saf kepimpinannya , bukan satu perkara yang mudah untuk melakukan perubahan dan setiap perubahan itu memerlukan kekuatan.Cabaran besar sudah pasti menanti di depan dan percayalah mereka-mereka yang bersikap seperti Ahirudin inilah yang akan menjadi parasit kepada kebangkitan pemuda.
Kepada YB KJ , jutaan terima kasih MMI ucapkan kerana memahami denyut nadi rakyat di akar umbi.
Dah lama sangat kita asyik mengangguk , masanya sudah sampai untuk kita benar-benar menjadi SAYAP dalam parti dan sudah tentu sebagai SAYAP ianya perlu di berikan perhatian.
Percayalah TULANG BELAKANG sahaja tidak cukup untuk menongkah arus ianya perlu di seimbangkan dengan SAYAP yang mampu bertahan malah boleh menjadi pelindung kepada mereka yang di bawah.
Firasat MMI si penulis lupa atau kurang faham peranan di antara Menteri Belia & Sukan dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO !!
Dalam masa yang sama hati-hati , rasanya ada pihak yang kurang senang melihat pemuda dan saf kepimpinannya benar-benar memahami apa yang di sebut sebagai TRANFORMASI !!
MMI
No comments:
Post a Comment