Followers

Friday, 13 December 2013

Tolonglah BANTU Kami !! Part 1 @dzainalabidin @NajibRazak

 

Sebahagian besar penduduk di beberapa daerah khususnya di negeri Terengganu merupakan mereka yang menerima musibah kejadian banjir besar yang telah memusnahkan kebanyakkan kediaman dan juga barangan keperluan lainnya.

Sejak kejadian banjir besar ini melanda di beberapa buah negeri di sebelah pantai timur , kita sudah melihat dan membaca pelbagai tuduhan serta tohmahan bahawa UMNO tidak membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan malah lebih mementingkan Perhimpunan Agungnya yang ke 67 tahun.

Apakah nasib mereka-mereka yang di timpa musibah ini di biarkan begitu sahaja oleh UMNO seperti mana yang di war-warkan oleh pihak pembangkang di luar sana ??



Kerana begitu galaknya tuduhan demi tuduhan yang di lontarkan oleh pembangkang maka MMI mengambil keputusan untuk hadir dan merasai sendiri keadaan di "Ground Zero" bersama-sama dengan rakan-rakan untuk melihat sejauh mana kebenaran tuduhan oleh pihak pembangkang sebelum ini.

Berikut merupakan catatan pengalaman MMI sepanjang berada di kawasan terlibat.

MMI yang mengikuti konvoi Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang telah menggerakkan konvoi bantuan berupa keperluan makanan bersama-sama 100 orang sukarelawan telah berlepas ke Kemaman Terangganu pada 11 Disember 2013 iaitu hari Rabu yang lalu.

Konvoi yang melibatkan jentera daripada sayap-sayap Wanita , Pemuda & Puteri UMNO itu telah di lepaskan oleh Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , YB Datuk Roslan Saidin Bendahari UMNO Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Pinang Tunggal di perkarangan Masjid Seberang Jaya.



Turut bersama dalam konvoi tersebut adalah Klinik Kesihatan Bergerak di ketuai oleh Dr Novandri dan pasukannya.



Konvoi yang di ketuai oleh Sdr Ramlan , Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang melibatkan sebuah toyota Hilux , sebuah van Skuad Sayang Wanita UMNO , van Klinik Kesihatan Bergerak , 2 buah lori barangan bantuan dan 2 buah bas membawa para sukarelawan berlepas kira-kira jam 3.00 petang hari yang sama.

MMI turut teruja dengan semangat yang di tunjukkan oleh para sukarelawan dan sudah pasti misi bantuan kemanusiaan ini bakal memberikan satu pengalaman yang berharga bukan sahaja kepada MMI tetapi juga kepada semua yang terlibat.


Untuk rekod perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam untuk sampai ke Kemaman Terengganu benar-benar menguji tahap kesiapsiagaan para sukarelawan memandangkan konvoi terpaksa bergerak dengan kelajuan yang minimum , ini bagi memastikan semua kenderaan yang terlibat dalam konvoi ini tidak berpecah.

Malah keadaan hujan di beberapa tempat sepanjang perjalanan juga menyebabkan pemanduan terpaksa di buat dengan berhati-hati bagi memastikan keselamatan semua yang terlibat.

Sepanjang menempuh perjalanan , MMI sempat juga membayangkan bagaimanakah agaknya keadaan mangsa-mangsa banjir di kawasan terlibat.

Apakah benar seperti mana yang di dakwa oleh pihak pembangkang mangsa-mangsa banjir tidak di bantu ??

MMI yakin segalanya akan terjawab dalam beberapa jam sahaja lagi walaupun ada ketikanya MMI terlelap dek kerana keletihan namun keazaman untuk melaporkan kejadian sebenar menjadi pembakar semangat untuk terus bersama konvoi.   

12 Disember 2013

Jam menunjukkan 2.45 pagi dan MMI di maklumkan konvoi kini sudah memasuki Kemaman.

Perjalanan seterusnya adalah ke Kompleks Rakan Muda Kemaman yang menjadi tempat penginapan para sukarelawan sehingga misi bantuan selesai.

Namun MMI telah di maklumkan barangan bantuan yang di bawa oleh konvoi perlu ke pejabat UMNO Bahagian Kemaman di mana jentera UMNO yang bertugas sedia menanti ketibaan konvoi kami.Malah barangan yang di bawa itu akan di serahkan pagi itu juga kepada UMNO Bahagian Kemaman bagi memudahkan urusan pengagihan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat keesokkannya.

MMI sedikit teruja bila mana di saat dan waktu selewat jam 3.00 pagi , petugas-petugas di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman masih setia bertugas.TERBAIK !!





Sambutan yang di berikan oleh petugas-petugas di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman cukup untuk membuatkan kami yang keletihan kembali segar dengan sikap ramah dan mesra mereka.Malah barangan yang di bawa siap di keluarkan dari lori setelah hampir 1 jam operasi memunggah di lakukan.

Selesai urusan penyerahan , MMI dan semua konvoi bergerak semula ke Kompleks Rakan Muda Kemaman bagi merehatkan badan yang sudah pasti keletihan.

Ketika ini hujan sudah mula turun mencurah-curah membasahi bumi Kemaman.

Walaupun keadaan di Kompleks Rakan Muda Kemaman tidaklah sehebat hotel bertaraf lima bintang , keselesaan tetap ada dan kami semua selamat sampai.

Apa yang pasti sekarang adalah masa untuk merehatkan badan kerana besok merupakan hari yang sibuk buat semua sukarelawan termasuklah MMI dan rakan-rakan.

Insyaallah Kampung Air Puteh akan menjadi destinasi seterusnya para Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Bersambung di Part 2 !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels