Para penyokong Pakatan Rakyat sekarang ini sibuk mencanangkan ke sana sini dan menerusi pelbagai jenis media terutama sekali Internet agar rakyat berhimpun pada tengah malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka untuk memberikan isyarat kepada kerajaan bahawa peningkatan harga dan tarif, amat menyiksakan.
Bukan itu sahaja, para penyokong Pakatan Rakyat juga tanpa berselindung telah melabelkan Kerajaan UMNO-BN sebagai kerajaan yang zalim kerana menaikkan cukai, tol, GST, ASTRO dan tarif elektrik serta tambang LRT dan tambang bas sekolah.
Cukai yang diperkatakan adalah kenaikan sebanyak 10 peratus sehingga 30 peratus oleh DBKL ke atas hartanah di dalam radian 36 kilometer Bandaraya Kuala Lumpur. Kenaikan tersebut telah digembar-gemburkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu kekejaman dan menyebabkan sebahagian daripada orang Cina di Kuala Lumpur menyerbu Ibu Pejabat DBKL di Jalan Raja Laut dan mendesak agar Datuk Bandar Kuala Lumpur meletakkan jawatan.
Tidak cukup dengan itu, Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang majoritinya adalah dari DAP dan PKR, dalam pertemuan dengan DBKL dan Menteri Wilayah, turut mempersalahkan kerajaan kerana ‘kekejaman’ berkenaan.
Namun, pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan Rakyat yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk mengenakan UMNO dan Barisan Nasional, langsung tidak menyebut, menyentuh apatah lagi menentang kenaikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor di negeri tersebut. Berita tentang kenaikan yang melambung beratus peratus itu juga tidak diuar-uarkan.
Layanan double standard yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan bala tentera mereka seolah-olah cuba mengaburi kepincangan yang sedang berlaku di negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka. Mereka lebih nampak tentang kenaikan yang dikaitkan dengan pengumuman Kerajaan Pusat, tetapi menutup mata dan memekakkan telinga, tidak sahaja mata dan telinga sendiri, bahkan para penyokong dan rakyat Selangor keseluruhannya, akibat daripada kenaikan melampau dan tidak masuk akal yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat.
Kenaikan bayaran lesen perniagaan menjangkau 300% mengikut keluasan, merupakan antara faktor utama kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Selangor. Pakatan Rakyat awal-awal lagi telah bersedia dengan jawapan standard mereka iaitu, semua kenaikan dilakukan oleh UMNO dan bukannya disebabkan oleh faktor peningkatan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Begitu juga dengan kenaikan cukai dan premium tanah. Cukai ini juga akan mendorong peningkatan harga memandangkan para peniaga terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk premis. Secara tidak langsung, penambahan kos tersebut akan dimasukkan ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna.
Mengapa agaknya Pakatan Rakyat langsung tidak nampak perkara ini? Mengapa agaknya mereka tidak peduli dengan kenaikan beratus peratus di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tetapi lebih sibukkan kenaikan 10%-35% sehinggakan mereka cuba menggambarkan bahawa kenaikan berkenaan akan menyebabkan rakyat Malaysia mati kebuluran? sumber
MMI
No comments:
Post a Comment