Followers

Thursday, 21 May 2015

VIDEO Ucapan TPM LEAKING Dari Kursus Paling RAHSIA ,Untuk Apa Ianya Di Sebarkan ?? @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Sesuatu yang pasti , ada DAJJAL dalam parti UMNO yang cuba menangguk di air keruh atas kepentingan tertentu ! 

Bagi yang pernah megikuti kursus KERIS 2314 anjuran Biro Latihan UMNO ini pastinya sedar dan tahu bahawa ianya penuh dengan segala kerahsiaan dan begitu sulit sehingga pihak penganjur telah memaklumkan kepada semua perserta sebarang rakaman dalam apa jua bentuk sekalipun adalah dilarang.

Dan sebagai pemerhati , MMI melihat keputusan itu adalah sesuatu yang wajar memandangkan disinilah segalanya akan dikupas dan zahirkan dengan tujuan untuk memantapkan parti keramat orang Melayu UMNO.

Malah dalam keadaan tertentu sudah pastilah akan ada ucapan mahupun kupasan daripada mana-mana pemimpin yang menjurus kepada senario politik terkini dan ada kalanya ia akan menyentuh perkara-perkara sensitif .

Namun disebalik semua keadaan itu , berlaku pula kebocoran rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dari pengamatan MMI ianya dirakam oleh mereka yang terlibat secara langsung sebagai pegawai atau urusetia program terbabit.

Persoalannya kini , apa kah motif rakaman itu disebarkan ?

Apa status urusetia terbabit ? Ahli UMNO atau tidak ?

Dengan pelbagai syarat dan undang-undang dikenakan kepada peserta sepanjang program tersebut atas alasan ianya adalah SULIT dan penuh KERAHSIAAN , urusetia pula mengambil sikap sebaliknya dengan menyebarkan sesuatu yang mampu direncahkan sebagai ramuan paling panas pada ketika isu melibatkan kedudukan kepimpinan negara bersimpang siur.

Kepada Datuk Seri Zahid Hamidi , janganlah berlengah dan lakukan siasatan secara menyeluruh kerana individu ini benar-benar telah mencabar kesetiaan kita !!

MMI

8 comments:

  1. Siasatan menyeluruhan sepatutnya terhadap Najib dan kuncu-kuncu serta 1MDB, dah banyak harta negara lingkup disebabkan oleh mereka ini.

    ReplyDelete
  2. ini urusan parti. tak kan zahid nak guna polis utk menyiasat

    ReplyDelete
  3. Pembangkang mmg suka najib dikekalkan.

    ReplyDelete
  4. Apahal monyok sangat ni,video tu mungkin TSMY sendiri yang minta dirakam dan sebarkan untuk supaya rakyat tahu dan memberikan sokongan terhadap pendirian beliau dalam isu ketirisan 1MDB. Polis sepatutnya menangkap kepala penyamun dan talibarut talibarutnya dan bukansiapa yang ambil dan edar video klip ini.

    ReplyDelete
  5. Buta dan hitam sungguh hati penyokong PM ni. Kenapa mahu di siasat. Lembu kalau dah di cucuk hidung begitulah jadi nya. Sepatutnya DSNRdan geng 1Mdb, yg disiasat oleh pencinta BN. Huh bodoh tak habis.. yg menyokong sekarang bukan nak jatuhkan BN tapi kita nak supays BN menang. Menyimpan PM sekarang bukan lagi cara penyelesaian.

    ReplyDelete
  6. Dah mengira hari bro..

    ReplyDelete
  7. apapun saya sokong Najib..mudah-mudahan Najib berjaya mengharungi situasi mencabar ni...InnsyaAllah...pertolongan past datang sekalpun goncangan dari pengkhianat cukup hebat.

    ReplyDelete
  8. CEO dgn lembaga pengarah yg melesapkan RM42 billion x pulak ditangkap. Org yg pakai phone x smpi sebilion tu yg nk dikejar. Sekurang kurang rakyat tahu, ada kepimpinan tertinggi umno yg boleh jd fighter dlm isu ni. Ptt bagi Tan Sri pd yg rakam dan sebar video ni. Secara x langsung dia dah meredakan sedikit kemarahan rakyat pd UMNO keseluruhannya.

    ReplyDelete

Labels