Followers

Wednesday 18 December 2013

Cerita RETIS Linda PILIH Kerabat DI Raja !!


Penyampai radio popular, Linda Onn khabarnya akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.

Peyampai stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di Johor Bahru secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru. Linda Onn bagaimanapun khabarnya gagal dihubungi untuk media mengesahkan perkara ini.

Komen MMI , menikah juga dia ni ingatkan dah tak mau menikah .. maklumlah dulu kan ada isu panass dia dengan Fahrin Ahmad sampaikan kawan tu menangis-nangis..Ish Ish..

Hihi bikin cerita retis la pula..bukan apa sekali sekala bikin sejuk sikit , ops lupa plak nak chek instagram #Lifestyle bro !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels