Followers

Friday, 20 December 2013

FAKTA Lebuhraya Yang Perlu RAKYAT Tahu !!


Isu kenaikan kadar tol telah menjadi viral kepada kerajaan sejak beberapa minggu yang lalu , kebanyakkan warga marhain di luar sana mengeluh dan beranggapan bahawa cadangan kenaikan itu bakal membebankan mereka khususnya yang sering menjadikan laluan bertol sebagai laluan utama dalam kehidupan seharian.

Pelbagai pihak tampil dengan hujah masing-masing malah ada yang membuat teguran , marah dan ada yang memberikan cadangan agar ianya dapat di kaji semula.

Untuk makluman Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga turut mengemukakan cadangan mereka bagi mencari jalan dan kaedah yang paling berkesan dalam usaha menangani isu yang kini menjadi perbualan di mana-mana sahaja.Baca SINI  

Walaupun kenaikan itu belum lagi berlaku sudah ada pihak yang bukan sahaja menjadikannya sebagai modal untuk menghentam kerajaan secara membuta tuli tetapi sudah sampai ke tahap menghasut rakyat supaya turun ke jalanraya untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN.KLIK SINI  

Di sebalik semua yang berlaku puak-puak Pakatan Haprak di lihat begitu teruja seolah-olah mendapat bola tanggung sampaikan tak sabar-sabar nak balun.Biasalah dalam hal seumpama ini pembangkang sememangnya akan menjadikannya sebagai modal politik murahan mereka.

Namun di sebalik semua yang berlaku hari ini ianya punya sejarah dan cerita tersendiri yang MMI rasa WAJIB untuk rakyat tahu khususnya berkenaan syarikat konsesi tol.Baca ulasan serta penerangan yang di buat oleh blog MyMassa di bawah. 

Mari kita tengok siapa sebenarnya pemimpin yang banyak meluluskan pembinaan lebuhraya bertol kepada syarikat konsesi yang tamak.

Pemimpin ini bukan sahaja meluluskan tol tetapi dia juga membenarkan syarikat konsesi meletakkan syarat yang berat sebelah sehingga Kerajaan terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada syarikat tersebut sekiranya mahu mengelakkan kadar tol dinaikkan.

Tak percaya? Baca selanjutnya di SINI 

Sementara itu untuk makluman KESAS Sdn Bhd , telah mengumumkan kadar Tol di Lebuh Raya Shah Alam (LSA) tidak akan mengalami sebarang kenaikan tahun hadapan.

LSA tidak tersenarai sebagai lebuh raya yang akan mengalami kenaikan kadar tol pada 2014. 

"Sebagai pemegang syarikat konsesi LSA, kami ingin menjelaskan bahawa sebarang laporan berhubung kadar kenaikan itu adalah tidak benar sama sekali. 

"Oleh itu, diharapkan masyarakat umum terutamanya pengguna LSA tidak lagi membincangkan atau memberi sebarang komen di media-media sosial berhubung isu ini," katanya. 

Laporan mengenai kenaikan tol timbul selepas Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kadarnya akan disemak semula tahun depan bagi mematuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi. 

Satu laporan akhbar baru-baru ini melaporkan bahawa tol dijangka meningkat antara 30 sen dan RM1 bagi 13 lebuh raya.utusan 

Alhamdulillah , namun perlu diingat sebelum ini Rafizi Ramli bukan main lagi spin isu kenaikan tol ni malah beliaulah yang menuding jari menuduh kerajaan persekutuan sebagai pihak yang tidak bertanggungjawab dalam cadangan untuk menaikkan kadar tol.

Hujah beliau di tambah lagi dengan sebaran gambar di laman facebooknya..


Hebat bukan permainan Rafizi ?? Yang pasti pembangkang tidak pernah berusaha untuk membantu rakyat waima di negeri selangor sekalipun.

Ironinya bukankah keuntungan yang di catat oleh KESAS sehingga mencecah 121% mampu di salurkan kembali kepada rakyat melalui  pengurangan kadar tol yang mana kerajaan negeri Selangor punya kuasa untuk melakukannya ?? Baca pendedahan selanjutnya di blog Dr MiM 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels