Siapa yang tak kenal dengan wanita seksi lagi gebu ni yang telah menggemparkan industri hiburan di Malaysia apabila kes skandalnya dengan sorang retis tu tersebar.Malah ianya tidak berakhir di situ sahaja apabila sidang akhbar yang diadakan oleh beliau bersama bekas suaminya turut mengundang kontroversi kerana pemakaian si Aida ni yang cukup seksi sampaikan menjadi topik panas.
Al-kisahnya suami si Aida ni Amiruddin Othmann, 50 , mengakui sudah menceraikan isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.
Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.
"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.
"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.
Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.
Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.
Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.
"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.
"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.
"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.Selanjutnya
Dalam kes ini banyak pihak sebenarnya sudah pun menasihatkan si Aida ni supaya mulakan hidup baru dan berubah.MMI rasa memang eloklah , cari dan buatlah benda lain yang jauh lebih berfaedah bukan apa bila dah pegang title janda ni cabaran dia lagi besar.
Mata-mata pun rasanya lagi banyak maklumlah orangnya pun cantik lawa .. Huh macam-macam kes sekarang ni...
Nah layan sedutan filem kat bawah ni..
*Sekadar renungan tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati
MMI
Hahaha 10 kayu kain putih mmg tajam juga ang punya sindiran tu hihi..
ReplyDelete