Pertamanya MMI nak ucapkan terima kasih kepada PDRM kerana peka dengan situasi terkini khususnya dengan gerakan mahu menggulingkan kerajaan di jalanan yang telah di rancang akan diadakan pada 31 Disember 2013 aka malam tahun baru.
Melihat tindak tanduk sebahagian daripada mereka yang sebenarnya telah MEROGOL proses demokrasi dalam negara maka MMI merasakan sesuatu harus segera di lakukan.
Dakyah dan hasutan saban waktu di canang ke seluruh negara malah sudah sampai ke tahap memberikan pesanan kepada mereka-mereka di luar sana supaya membawa penutup muka dan memakai topeng bagi menghadapi tentangan daripada pihak berkuasa.
Apakah itu demokrasi ?? Adakah demokrasi yang di war-warkan oleh pembangkang selama ini hanya akan di nilai TERBAIK apabila ianya di putuskan di jalanan ??
Percayalah ada ahli UMNO dalam kawasan Permatang Pauh namun Anwar Ibrahim tetap di angkat sebagai Ahli Parlimen dalam PRU13 yang lalu.Maksudnya proses pengundian itu TELUS sehinggakan ramai di kalangan pemimpin pembangkang mendapat tempat di Parlimen dan DUN.
Kini kenapa perlunya sampai ke jalanan ?? Protes untuk mendapatkan demokrasi ??
Sedarlah apa yang sedang di usahakan oleh puak-puak ini tidak lain dan tidak bukan adalah REVOLUSI !! Mereka sedang menjadikan revolusi di Mesir sebagai panduan dan ianya dapat di lihat melalui gerakan-gerakan yang di susun khususnya melalui penyebaran maklumat dan poster-poster melalui saluran media sosial.
Bagi MMI ianya adalah sebahagian daripada perancangan licik dan berniat jahat pembangkang yang berselindung di sebalik gerakan NGO seperti mana TURUN , BERSIH dan lain-lainnya.Yang pasti usaha ini JELAS mahu menggulingkan kerajaan !!
Untuk itu jutaan rakyat Malaysia MENOLAK gerakan seumpama ini malah hasutan yang di buat perlu di tangani dengan sebaik-baiknya.
Kepada PDRM , tahniah MMI ucapkan kerana telah pun bertindak dengan penangkapan Pengerusi TURUN baru-baru ini.
Bagitu juga dengan penangkapan terhadap pemilik akaun "facebook" yang menghasut rakyat untuk turun merusuh pada 31 Diseber 2013 Baca Selanjutnya
Malah MMI yakin PDRM kini sedang memantau serta bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Apa pun MMI nak ingatan jangan sesekali lupa untuk melihat kepada gerakan anak muda ini bersama konco-konconya kerana mereka juga sebenarnya adalah pencetus serta penghasut kepada gerakan mahu menggulingkan kerajaan.
Seperkara yang harus kita tahu adalah mereka-mereka ini sebenarnya punya sokongan daripada pembangkang memandangkan kesemua mereka pernah terlibat dalam siri himpunan haram di ibu negara sebelum ini.
Malah kenyataan terbaru daripada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli jelas mengiakan apa yang MMI maksudkan.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan terhadap himpunan anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang dijadual akan diadakan pada malam ambang tahun baru 31 Disember ini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ianya merupakan perkara wajar susulan tindakan kerajaan yang menaikkan beberapa tarif termasuk kenaikan tol.
"Saya rasa kita tidak boleh hentikan himpunan ini dan saya menyokongnya kerana saya rasakan ianya perkara yang wajar kerana isu kenaikan yang diumumkan kerajaan ini merupakan isu pertama di negara sekarang.
"Kita menyokong prinsip yang sama seperti apa yang dituntut oleh TURUN, sebab itu parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong himpunan ini," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.rakyatnews
Yakinlah mereka sebenarnya bersembunyi di sebalik alasan kenaikan kos sara hidup sedang hakikatnya mereka meletakkan harapan untuk menjadikan malam 1 Januari 2014 sebagai SEJARAH perubahan kerajaan secara jalanan seperti mana yang berlaku di Mesir dan negara-negara lain.
MMI
No comments:
Post a Comment