Followers

Thursday, 5 December 2013

IBDIL Jangan Musnahkan Perjuangan Ini Dalam Masa Sehari !! #TanyaIbdil


Pasti ramai yang dah tahu , sedar malah kurang senang dengan tindakan Ibdil yang sedang mengalami halusinasi akibat daripada perlantikannya sebagai Pengerusi BMB Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

MMI tak nak cerita banyak-banyak cuma nak ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada beliau kerana sedang cuba melakukan perubahan drastik terhadap salah satu ketumbukan jentera paling efektif dalam parti UMNO.

Malah sewaktu parti sedang bersiap sedia untuk berdepan dengan PRU13 yang lalu , terdapat juga mereka-mereka di luar sana yang bukan dari kalangan UMNO tetapi penyokong kepada kerajaan turut menggalas tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan kerajaan sedia ada.

Alhamdulillah berkat usaha bersama pejuang-pejuang ini kerajaan Barisan Nasional masih mengekalkan kuasanya sehingga ke hari ini.

Namun semacam ada yang tidak kena dengan pengerusi yang baru ini khususnya sepanjang persidangan UMNO yang kini sedang berlangsung di PWTC.

Apa yang pasti Ibdil sebenarnya sudah melakukan satu kesilapan paling BESAR dalam sejarah parti apabila dengan terlalu terbuka membuat kenyataan yang pada anggapan MMI terlalu SULIT untuk didedahkan kepada media tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan sebelumnya.

Timbul persoalan pada MMI sejauh mana Ibdil benar-benar faham tentang gerak kerja yang telah di lakukan oleh jentera media maya UMNO sebelum ini ????

Sedarkah kita Ibdil sebagai seorang pemimpin mewakili UMNO tidak patut menyatakan bahawa UMNO membayar blogger. Red Bean Army yang terkenal dan semua orang tahu mereka diupah oleh DAP tetapi DAP atau mana-mana pemimpin pembangkang tidak pernah mengumumkan bahawa mereka membayar blogger.

Apakah UMNO benar-benar membayar para bloggernya ?? (sekiranya ada, MMI pun nak juga!) tetapi sebagai pemimpin, Ibdil tidak patut mengumumkannya di khalayak walau apa pun jawapannya.

Apa lagi integriti yang ada kepada mereka yang mendedahkan salah-laku pembangkang sekiranya jawapan balas yang diberikan oleh pembangkang adalah "itu semua UMNO yang bayar!"

Cukuplah 'damage' yang telah dibaiki oleh DS Najib selama 5 tahun. 

Ibdillah diharap jangan memusnahkannya dalam masa sehari.

Kedua, pengamal media sosial yang senantiasa menyokong kerajaan selama ini akan terasa hati kerana ada antara mereka menulis bukan kerana wang ringgit tetapi kerana Agama, Bangsa dan Negara. Kehadiran Ibdil sebagai muka baru tiba-tiba sahaja menempelak mereka yang ada antaranya telah kemalangan, telah berbelanja ribuan ringgit untuk mempertahankan UMNO atas dasar perjuangan, sakit dan sebagainya seolah-olah tidak dihargai.

Ketiga, Pemuda UMNO telahpun melakukan melancarkan sukarelawan Media Sosial ini tidak lama dahulu yang dikenali sebagai BNYCT. Sekiranya Ibdillah aktif media sosial ketika itu, sudah tentu beliau sedar akan kewujudan BNYCT ini dan menyambung kesinambungannya. Bukan dengan cara untuk membuang yang lama untuk membina yang baru. Itu cara DS Anwar Ibrahim dan bukannya cara orang UMNO.

Baca selanjutnya di SINI 



Sory to say , MMI sendiri tidak pernah melihat kelibat mamat ni sebelum ni dan sebelum-sebelumnya khusus dalam gerakan-gerakan bersama jentera-jentera media maya.

Mungkin pada ketika itu beliau sibuk dengan gerakan Life Style nya barangkali !! Baca SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels