Followers

Thursday 5 December 2013

Tentera Mula Masuki Pahang, Johor & Terengganu !!

Gambar Hiasan
Kementerian Pertahanan menggerakkan operasi khas dikenali sebagai Op Murni untuk memberikan bantuan menyelamat kepada mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu.

“Sehingga hari ini, mangsa dianggarkan seramai 20,378 orang di 164 pusat pemindahan.

“Kementerian Pertahanan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban,” kata kementerian dalam kenyataan di sini, Rabu.

Justeru itu, kementerian menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa banjir dan sentiasa mendengar nasihat pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Operasi menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu melibatkan beberapa trup dan aset di bawah kawasan tanggungjawab tiga divisyen.

Di Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang, trup yang terlibat ialah 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise, satu Kor Armor Diraja (KAD) dengan kekuatan 12 pegawai dan 178 anggota Lain-lain Pangkat (LLP)serta dua pegawai dan 33 LLP dari trup Gerup Gerak Khas (GGK).

Aset yang terlibat ialah 16 bot, 16 kenderaan 3 tan, empat Land Rover serta enam buah kenderaan TATRA 7 tan. Di Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing di Johor, satu trup Rejimen Renjer Diraja (RRD) dengan kekuatan seorang pegawai dan 31 LLP manakala aset terlibat ialah dua bot, dua kenderaan 3 tan serta dua buah kenderaan TATRA 7 tan.

Sebanyak dua kenderaan TATRA 7 tan turut ditempatkan di Terengganu.

Pangkalan Udara Kuantan pula dipertanggungjawab membantu Majlis Keselamatan Negara memantau tujuh pusat pemindahan banjir termasuk di Balai Raya Sungai Soi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar.

Aset Tentera Udara Diraja Malaysia melibatkan sebuah pesawat Nuri dari Skuadron Search and Rescue (SAR) pula diarah membuat penerbangan menyelamat di kawasan Paya Besar dan menyelamatkan empat mangsa banjir yang seterusnya dipindahkan ke pusat penempatan banjir di SMK Paya Besar.

Menurut kenyataan itu, ATM sentiasa memantau perkembangan banjir di Pahang dan Johor selain menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan lojistik untuk banjir dan semua trup berada dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan. – Bernama

Sementara itu Dua beranak menjadi mangsa pertama korban banjir di Pahang apabila bot gentian dinaiki terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi di Kampung Sungai Isap di sini.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, mangsa lemas iaitu Jamal Ali, 40, dan anaknya berusia belasan tahun dan masih belum diketahui identiti dipercayai sedang memindahkan barangan di kampung itu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels