Sidang DUN Negeri Pulau Pinang semalam panas apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung isu gerai makan diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini.
Kekecohan tercetus apabila Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) mahu ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid menarik balik kenyataannya berhubung isu itu yang disifatkan sebagai rasis.
Phee mendakwa Jahara cuba menimbulkan persepsi perkauman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) apabila mengatakan PBT hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
"Saya tak kata PBT hanya ambil tindakan kepada orang Melayu. Kalau ada impression (tanggapan) macam itu saya minta maaf. Saya hanya minta keadilan, penjelasan. Peniaga terbabit bukan baru berniaga sehari, dua...sudah 20 tahun.
"Kalau mahu ambil tindakan, ambil tindakan terhadap semua...jangan pilih-pilih," kata Jahara ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan DUN semalam.
Pertikaman lidah itu berjaya dihentikan apabila Speaker Datuk Law Choo Kiang mengarahkan Phee duduk selepas Jahara memohon maaf dan mengarahkan ketua pembangkang itu meneruskan perbahasannya.
Bagaimanapun, dewan kembali kecoh apabila Jahara mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baharu bagi Pulau Jerejak.
"Adanya satu pulau di sini diberi nama baru Mazu Island. Mazu Island ini adalah Pulau Jerejak yang mana telah diberi nama baru oleh seorang pengusaha yang mempromosikannya dalam bentuk pelancongan.
"Sebuah tokong besar juga dibina tanpa kebenaran. Siapa yang meluluskan semua ini," katanya sambil menunjukkan gambar pengusaha itu bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Tindakan Jahara menunjukkan gambar itu menimbulkan rasa tidak puas hati R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima), Phee (DAP-Sungai Puyu) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi) yang bangkit mempertikaikan tindakan itu.
"Itu sudah melampau...tindakan ini menuduh seolah-olah kerajaan negeri beri kelulusan semata-mata orang itu mengenali ketua menteri. Mana ada bukti ketua menteri beri kelulusan," kata Rayer.
Jahara kemudiannya berkata beliau hanya mahu penjelasan kerajaan negeri berhubung kewujudan nama Pulau Mazu itu.
Bagaimanapun, Jahara terus-terusan diasak wakil rakyat berkenaan yang mahu beliau menjelaskan tindakannya itu.
Tindakan wakil rakyat yang tidak memberi peluang kepada Jahara untuk berbahas telah menyebabkan kesemua sepuluh wakil rakyat BN meninggalkan sidang DUN sebagai tanda protes. -Bernama
Kerana insiden tersebut Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang terus melabel Datuk Jahara sebagai NENEK RASIS !!
Inilah yang sebenarnya terkandungnya dalam slogan Guan Eng iaitu Cekap , Akauntibiliti & Telus, baru sahaja di soal terus melenting malah sampai ke tahap menghina ketua pembangkang di sidang DUN.
Cekap sungguh Guan Eng mengelak daripada menjawab soalan yang di tanya !
Telus sungguh Guan Eng dalam isu pulau jerejak !
Akauntibiliti ?? Huh rasanya langsung tak ada !!!
Walau bagaimanapun tindakan si Ketua Menteri paling celaka ini tetap di pertahankan oleh macai-macai penjilat tegar mereka dengan menyamakan tindakan ADUN-ADUN BN bangun mempertahankan ketua pembangkang di samakan dengan budaya bodek Najib di Parlimen.
Inilah yang orang kata bodo sampai tak boleh nak di ajaq !! Jika melihat kembali kepada insiden pertikaman lidah yang berlaku antara pihak pembangkang dan kerajaan negeri jelas sekali apa yang di katakan oleh si blogger di atas seolah-olah menjilat ludah sendiri !!
Manakan tidak !! Yang bangun mencelah dan melalak sewaktu ketua pembangkang , Datuk Jahara sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 adalah wakil-wakil rakyat dari kalangan kerajaan negeri.
Siapa lagi kalau bukan si kaki bodek R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima), Phee (DAP-Sungai Puyu) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi).
Siapa yang mereka cuba pertahankan kalau bukan si Guan Eng tu !!
Dalam hal ini siapa sebenarnya yang BODEK bro ?? Kalau di ikutkan kepada slogan DAP rasanya mudah sahaja biarlah si Guan Eng bangun menjelaskan bukannya susah mana pun !!
Tapi sebab nak tunjuk dekat bos yang depalah pejuang sejati yang BERANI pertahankan ketuanya maka menari sakanlah depa !!
Sebab tu MMI kata puak-puak ni bab kata dekat orang bukan main lagi sampaikan terlupa yang depa dok jilat tu ludah sendiri !!
Yang ni lagi sorang , Hah jilat !! jilat !! jilat lubang telinga dia tu ..
BACA juga artikel di SINI
MMI
No comments:
Post a Comment