Followers

Wednesday, 11 December 2013

Politik + GST = Emosi


Cukai memang hal yang sensitif. Naik cukai, naik darah. Lepas tu lagi, gerenti ahli politik terkam isu tu dan diperbesarkan dengan penuh emosi. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang dikatakan saudara Rafizi Ramli, ahli politik PKR, tentang GST dalam video di bawah.



Penuh emosi. Menurutnya, terdapat banyak isu negatif berkaitan GST dan rakyat jelata akan terbeban. Marilah kita ketepikan emosi yang berlebihan tu dan fokus atas fakta-fakta yang kita tau tentang GST.

Kita bahagikan dari segi isu-isu yang saudara Rafizi bangkitkan.

Isu 1: Barang-barang yang diwartakan sekarang sikit

Dari tahun 1970-an dah ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan cuma sekarang je baru orang ambik perhatian. Sebelum ni kebanyakan barang memang dikenakan cukai jualan cuma kita tak nampak pasal tak tertera dalam bil.

Kata saudara Rafizi, sekarang ni hanya barangan yang diwartakan dikenakan cukai tapi yang lain tidak. Lepas tu, ada pulak contoh dimana beliau berkata yang dengan GST yang akan datang, walaupun barang seperti beras yang tidak dicukai, akan ada pulak bahan lain seperti plastik dan sebagainya yang akan di cukai maka pengguna akan dicukai jugak.

Sebenarnya, senario ni pun boleh berlaku sekarang dengan barangan yang tak di wartakan bawah sistem SST sedia ada cuma kerana jumlah cukai ni tak tertera dalam bil atau resit, kita tak tau.

Contohnya, pengilang dikenakan cukai jualan 10% apabila membeli bahan mentah. Cukai ini kemudiannya ditambah pada harga barangan. Peruncit pulak membeli barang ni, ditambah peratus untungnya and kemudian dijual kepada orang ramai. Kita yang membeli, kalau dikira balik, telah pun membayar cukai (anggaran berjumlah 8%, iaitu lebih dari 6% GST) tetapi ini tidak tertera dalam bil. Oleh tu, kebanyakan orang tak sedar yang selama ni, kita memang dah lama membayar cukai penggunaan (consumption tax).

Bayangkan pulak, bagaimana agaknya kalau umpamanya, peruncit jugak kenakan cukai jualan? Berapa banyak lagi jumlah cukai yang harus kita bayar?

Dengan GST, kita tau jumlahnya – 6% daripada harga jualan. Takde cukai lain yang tersembunyi. Itu la orang katakan sistem yang telus (transparent).

Isu 2: Harga beras naik dengan GST

Dalam contoh saudara Rafizi, dia kata beras tak dicukai tapi beg plastik, mesin dan perkhidmatan penyelenggaraan mesin yang diguna untuk membungkus beras tadi dikenakan cukai GST. Cukai tu pulak ditambah keatas harga beg beras sebelum dijual kepada pengguna. Maka, dengan itu harga beras dijangka naik.

Sebenarnya, dalam sistem GST, cukai yang dikenakan atas beg beras, mesin dan perkhidmatan penyelenggaraan tadi tu boleh dituntut balik sebagai kredit (input tax). Jadi, pengilang yang membungkus beras tadi tak akan dibebankan dengan cukai GST dan dengan itu, harga beras tadi tak sepatutnya naik.

Dalam contoh ini, kedua-dua, pengilang dan pembekal beg plastik dianggap telah mendaftar untuk GST dengan pihak kastam. Misalnya pulak, kilang tadi tu beli daripada pembekal yang tak berdaftar untuk GST (i.e. jumlah jualan setahun pembekal tu kurang dari RM500,000), kilang tu memang tak dikenakan GST jadi sepatutnya tak naik jugak harga beras.

Isu 3: Kos pelaksanaan GST tahunan sebanyak RM15,000 membebankan peniaga kecil

Peniaga kecil-kecilan, kata saudara Rafizi, akan merasa beban GST sebanyak RM15,000 setahun, atau RM1,250 sebulan untuk failkan cukai GST. Ini memang beban untuk peniaga kecil serta kakak-kakak dan ibu tunggal yang mengusahakan kedai jahit yang untungnya sikit.

Jadi, nasib baiklah GST ni hanya mandatori dikenakan keatas perniagaan yang mempunyai jumlah jualan setahun melebihi RM500,000.

Dengan tu, peniaga-peniaga kecil serta kakak-kakak dan ibu tunggal yang mengusahakan kedai jahit tadi bolehlah menghembus nafas lega.

Kalau, misalnya, peniaga-peniaga kecil ni menghasilkan jualan sebanyak RM500,000 setahun atau RM41,666 sebulan, tak wajarkah mereka membayar RM1,250 sebulan sebagai kos pelaksanaan GST? Itu pun, kalaulah jumlah RM1,250 yang saudara Rafizi katakan tu dianggar dengan tepat.

Inilah dia – ahli politik yang dikatakan (dan mengatakan sendiri) yang mereka terlatih dalam hal percukaian pun masih belum faham bagaimana sistem GST berfungsi.

Yang membimbangkan lagi ialah saudara Rafizi nak memulakan roadshow PKR diserata Malaysia dimana beliau akan bercakap tentang GST. Tambah lagi, dia menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk buat protes GST.  Harap-harap dia boleh membetulkan fakta-faktanya sebelum berceramah.

Wajarkah orang ramai protes GST kalau meraka belum lagi faham apa tu GST? Bukan kita nak katakan jangan turun ke jalan raya dan protes GST – cuma, kalau nak protes, biarlah faham dengan lebih teliti apa tu sebenarnya GST terlebih dulu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels