Followers

Tuesday 5 June 2012

Exco Pemuda Pas Buat Lawak !!


PULAU PINANG - Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Nasir Zakaria mahu PAS membuktikan bahawa PAS lebih baik daripada UMNO di Pulau Pinang. 

Semalam, Mohd Nasir mengkritik UMNO kerana tidak mampu menjadi Ketua Menteri walaupun dikatakan parti yang kuat di Pulau Pinang. 

Beliau menyifatkan, Umno yang sebenarnya terpinggir didalam Barisan Nasional dan bukannya PAS didalam Pakatan Rakyat seperti yang didakwa pemimpin Umno.

"Jika Umno tidak terpinggir, mengapa selama memerintah, Umno tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun menang banyak kerusi di negeri itu?" kata beliau dalam satu kenyataan kepada Sinar.

Mohd Nasir berkata, Umno seharusnya terlebih dahulu cermin diri sebelum menuduh Pas parti terpinggir dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana selama lebih 50 tahun memerintah, Umno tidak banyak membantu orang Melayu melainkan hanya individu atau kumpulan tertentu.

Seorang penganalisis politik dari USM yang ditemubual oleh pihak UtaraNews berkata, kenyataan Exco Pemuda PAS Pusat itu sebenarnya menunjukkan PAS yakin mampu memerintah negeri tanpa memberikan tampuk kuasa pada kaum lain.

"Mungkin beliau (Mohd Nasir) mahu membuktikan bahawa Pas tidak akan tunduk dengan rakan PR seperti DAP dan PKR dengan melantik pemimpin Pas sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada masa akan datang..?"

"Jika mahu mengkritik Umno berkenaan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, bagaimana pula dengan jawatan exco Pas di dalam kerajaan negeri ini semenjak diperintah DAP? Mengapa Pas tidak diberikan satu jawatan pun?"

"Apakah ini juga membuktikan bahawa Pas sebenarnya memang terpinggir di mata DAP..?" ujar beliau. - UtaraNews

MMI kata puak-puak ni kadang-kadang bercakap tak pakai akai.Orang utara sebut memang mangkaq lah..

Ada ka patut dia banding Pulau Pinang pasai apa UMNO tak jadi ketua menteri sedangkan semua sudah maklum dasar UMNO dan Barisan Nasional dalam kita menyusun kepimpinan melibatkan rakan-rakan komponen.

Sebab tu lah pengagihan sebegitu kita jalankan tapi dalam masa yang sama UMNO tetap menerajui negara dengan jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya diisi oleh UMNO.Termasuklah negeri-negeri dan kita membuat pengagihan ini.

Kalau Pakatan Haprak tak tahulah pula,Malah Pas yang berjuang bagai orang gila dalam Pakatan Haprak kalau menang lah boleh ka orang Pas jadi Perdana Menteri ?? 

Hehe kita biaq mangkaq kat atas jawablah sebab dia pandai kan kan kan kan ...

Apa pun jom lah kita pakat-pakat gelak sama sebab dia pandai buat lawak kihkihkihkihkihkih...

Pssstt Tak boleh blah dengan mamat ni,Kalau Pas tadbir negara kompom dia jadi menteri kesenian.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels