Apabila kita berbicara soal negara sudah pastinya politik tidak dapat lari daripada topik perbualan.Begitu juga apabila ada sesetengah daripada mereka di luar sana yang mengaku diri mereka terlibat dengan NGO atau Badan Bukan Kerajaan dan bertindak menyatakan mereka "Non- Partisan".Malah sudah ada yang menyatakan diri mereka hari ini merupakan kumpulan "Independence" atau bebas tidak memilih mana-mana parti politik dan jauh sekali untuk terlibat dalam proses mengundi.Itu belum di kira mereka-mereka yang di labelkan sebagai atas pagar yang kadang-kadang mahu kadang-kadang tidak.
Persoalannya,Apakah tindakan itu mencerminkan kita menyayangi tanah tumpah darah yang telah di warisi daripada mereka yang terdahulu daripada kita ? Sejauh mana kita berterima kasih kepada mereka dan sejauh mana tanggungjawab itu di pikul oleh kita sebagai rakyat yang menikmati hasil daripada perjuangan mereka sebelum kita ?
Mungkin ada yang sudah lupa bahawa nikmat yang dinikmati hari ini bukannya datang dengan sendirinya malah jika dikira rentetan sejarah perjuangan negara ianya sudah pun menumpahkan darah rakyat dan mereka yang sebangsa dengan kita.
Mengapa agaknya masih ada mereka-mereka di luar sana yang begitu teruja untuk memusnahkan apa yang kita nikmati hari ini ? Adakah ianya kerana politik itu sendiri atau ianya hanya melibatkan kekecewaan sesetengah pihak yang mungkin tidak senang melihat kumpulan lain menjadi nakhodanya.
Percaya atau tidak kita sebenarnya mempunyai satu tanggungjawab dalam menentukan baik dan buruknya negara kita malah ianya cukup berharga kerana pilihan kita itu bakal menentukan apa yang bakal dinikmati oleh bangsa selepas kita.
Apakah politik itu terlalu kotor sehinggakan wujud kumpulan yang langsung tidak mahu terlibat sehinggakan mengelak daripada menjadi seorang rakyat yang bertanggungjawab ? Politik sebenarnya tidak kotor malah jika kita meletakkan perjuangan dan matlamat sebagai agenda utama sudah pasti dunia politik akan bersinar bak kilauan permata.
Sebagai rakyat kita sebenarnya mempunyai kuasa dalam menentukan apa yang kita mahukan dan ini memerlukan politik itu diambil kira.Biar apa pun alasannya jika kita gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat untuk mengundi maka kita sebenarnya meletakkan diri dan seluruh rakyat serta negara umpama telur di hujung tanduk.
Mengapa ? Kerana kita tidak menyumbang kepada keutuhan negara dan paling penting tidak memikul amanah nenek moyang kita yang sejak dari dulu mengidamkan sebuah negara yang merdeka.MMI rasakan tidak salah untuk melabelkan mereka yang langsung tidak mempedulikan tanggungjawab ini sebagai berdosa dengan segala usaha dan keringat mereka yang terdahulu daripada kita sedangkan hari ini kita menikmati hasil daripada perjuangan mereka yang kita suapkan kepada anak dan keluarga.
Bertindak sebagai badan NGO sahaja tidak mencukupi malah ianya perlu dipupuk dengan semangat cintakan negara dan paling penting politik jangan sesekali ditolak.Untuk apa kita berbakti kepada masyarakat sekiranya dalam sudut memastikan kestabilan negara tidak diambil kira ?
Tiada istilah "Independence" sebenarnya,Malah jika melihat kepada suasana politik hari ini seluruh rakyat harus mempunyai sikap bertanggungjawab dan paling penting menjadi pengundi yang sah.Buatlah apa saja selagi ianya tidak melanggar undang-undang namun dari satu sudut politik harus diberikan keutamaan kerana hanya melalui politik dan proses mengundi pada pilihan raya lah kita sebagai rakyat Malaysia menentukan sejauh mana kita mahu melihat negara ini terus dipacu.
Apa guna kita hidup dengan nikmat hasil daripada perjuangan orang lain tetapi dalam masa yang sama kita menyumbang kepada kemunduran negara yang mungkin tergadai kepada orang lain.
Suasana politik hari ini memerlukan sokongan seluruh rakyat untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana negara amat-amat memerlukan sokongan semua.
Janganlah kita hanya melihat dan membuat komen tetapi dalam masa yang sama kita tidak mampu menyumbang kepada kebaikan negara tercinta.
Apakah anda semua rela negara kita Malaysia dipimpin oleh manusia bernama Ambiga yang secara terang-terangan menyokong segala usaha yang jauh bercanggah dengan nilai-nilai kita sebagai seorang Islam dan bangsa Melayu ?
Apakah anda semua lupa bagaimana Anwar dan Nik Aziz serta seluruh pimpinan Pakatan Haprak akur dan tunduk kepada manusia bernama Ambiga dalam rusuhan BERSIH 3.0 yang baru-baru ini diadakan di Ibu Kota ?
Kepada semua,Ayuh ! Gunakan kekuatan yang ada pada setiap diri anda dan zahirkannya pada ketika tiba hari mengundi nanti.Jangan biarkan maruah kita terus digadai oleh mereka yang hanya mahu mengejar kuasa dan jawatan.
Ingatlah politik bukan sekadar peranan malah tangungjawab kita sebenarnya dalam menentukan hala tuju negara dan rakyatnya.
Kepada Barisan Nasional kita sandarkan harapan , Kepada UMNO kita perjuangkan .
Insyallah kita mampu.
MMI.
No comments:
Post a Comment