Followers

Thursday 19 December 2013

Rafizi JAMBU Si Nuar Mula Main HELAH !!!


Tuduhan yang di lemparkannya terhadap peguam negara sebelum ini khususnya tentang isu sogokan sehingga negara kehilangan Pulau Batu Putih cukup untuk membuatkan para penjilat tegar Pakatan Haprak riuh rendah.

Waktu yang di tunggu-tunggu kononnya sudah tiba apabila si lembut PKR ini di julang sebagai wira mereka kerana berjaya mengheret peguam negara bagi membuktikan kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia sememangnya korup.

Namun aksi galak penyokong-penyokong pembangkang ini akhirnya di sambut oleh Tan Sri Gani Patail apabila bersedia untuk menyerahkan surat kuasa kepada Rafizi untuk membolehkan beliau memeriksa semua akaun milik peguam negara itu di mana-mana sahaja bagi membuktikan tuduhannya.


Nah terlopong seketika si Rafizi dan juak-juaknya , apa yang sepatutnya di buat ?? Kalau benarlah si Rafizi punya BUKTI di atas tuduhannya sudah tentu ini merupakan ruang dan peluang yang cukup baik untuk beliau buktikan apa yang di sebut sebagai salah laku peguam negara.

Tunggu apa lagi kalau hidangan sudah di depan mata ??

Namun apa yang berlaku ?? Senyap seketika .. MMI pasti suasana senyap sunyi ini di gunakan sepenuhnya untuk mencari alasan demi alasan di atas tuduhan FITNAH yang sebenarnya hanya di jadikan alasan untuk menghasut rakyat supaya terus-terusan membenci kerajaan.

Paling tak boleh blah si Rafizi bukan sahaja tidak berusaha untuk membuktikan tuduhannya tetapi turut mencari helah dengan mengenakan syarat pula iaitu meminta supaya beliau di berikan maklumat peribadi ahli keluarga Abdul Gani seperti nombor kad pengenalan dan passport bagi tujuan sama.

Beliau juga mahu Peguam Negara mengeluarkan surat kebenaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk SSM menyerahkan segala maklumat syarikat yang mana Abdul Gani dan keluarga mempunyai saham di Malaysia.

“Peguam Negara perlu mengeluarkan surat kebenaran kepada Bank Negara dan mana-mana pihak berkuasa di negara ini  bagi membenarkan pihak berkenaan menyerahkan kepada saya maklumat semua akaun bank milik beliau dan keluarga terdekat,” katanya dalam sidang media di. pejabat PKR, Selasa.

Namun yang pelik, menurut Rafizi, sekiranya hasil pencarian bukti beliau gagal menunjukkan sebarang salahlaku Abdul Gani, Timbalan Pendakwaraya kes liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah perlu meminta maaf kepada Peguam Negara itu.

Katanya, Shafee yang membuat dakwaan mengaitkan Peguam Negara dengan kes sogokan wang berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Rafizi berkata demikian hanya berdasarkan pendedahan akuan bersumpah setebal 31 muka surat yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini yang antara lain mendakwa salah laku Abdul Gani ketika mengendalikan kes itu.

Mat Zain mendakwa bahawa wujudnya sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih pada 2007.

Bagaimanapun, Abdul Gani yang menafikan dengan keras dakwaan yang disebarkan ke atasnya sejak sebulan lalu menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak berasas sama sekali terhadapnya.

Bagi MMI mudah .. Rafizi sedang mencari HELAH kerana beliau tahu tidak ada sebarang BUKTI yang boleh menguatkan tuduhan beliau terhadap peguam negara apatah lagi tuduhan yang di buat hanya berdasarkan akuan bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Jika akuan yang di sebut oleh Rafizi itu sudah membuktikan salah laku peguam negara maka mengapa tidak Rafizi dan konco-konconya membuat laporan seterusnya mengheret terus peguam negara kemuka pengadilan ??

Sebab Rafizi tak punya BUKTI main tuduh ja bro !! 

Lagi satu ampa semua kena ingat , Rafizi ni kalau dah buat salah pun tetap tak mengaku..Buktinya dalam isu saman Zahid Hamidi..Ampa tengok sendirilah..



Dah kenal ka siapa Rafizi ??

Baca artikel berkaitan di SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels