Ustaz Kazim Elias seorang penceramah bebas yang memiliki aura tersendiri sewaktu penyampaian ceramahnya kini menjadi satu nama panas di pentas politik.Beliau yang baru-baru ini di lantik oleh Presiden UMNO untuk menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mewujudkan satu fenomena luar biasa apabila pelbagai pihak tampil membuat kenyataan termasuklah memfitnah.
Ustaz Kazim dalam kenyataannya baru-baru ini telah pun menyatakan pendiriannya akan berjumpa dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu bagi berbincang tentang beberapa perkara sebelum membuat keputusan sama ada menerima perlantikan itu atau sebaliknya.
Yang pasti Ustaz Kazim sudah pun bertemu dan berbincang dengan Presiden UMNO di bangunan Parlimen jam 11.25 pagi tadi.
Malah beliau sendiri sudah pun mengesahkan keluar dari parti PAS kerana kecewa dengan sikap parti tersebut yang menuduhnya 'barua UMNO'.
"Saya kecewa dengan Pas kerana saya disebut barua UMNO," katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini selepas selesai berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Apa pun kita sama-sama nantikan keputusan yang bakal di buat oleh Ustaz Kazim Elias sama ada menerima atau menolak perlantikan sebagai MT UMNO.
MMI
No comments:
Post a Comment