Followers

Monday 2 December 2013

PAS Tunggu Keputusan DAP Untuk UMUM Pesuruhjaya Negeri Pulau Pinang ?!


Ada sesuatu yang agak ganjil berlaku dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 semalam.Presiden Hadi Awang sudah pun mengesahkan nama-mana mereka yang di lantik ke jawatan masing-masing dan seperti semua pihak sedia maklum Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang tewas dalam saingan jawatan Naib Presiden PAS dilantik sebagai Ketua Penerangan parti itu yang baharu bagi penggal 2013-2015.

Dalam masa yang sama mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS.Mustafa pertama kali dilantik ke jawatan itu pada 2009.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Bendahari PAS manakala Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli turut mengekalkan kedudukannya sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Jawatankuasa PAS Pusat turut melakukan rombakan terhadap kepimpinan tertinggi PAS peringkat negeri dengan melantik enam muka baharu bagi jawatan pesuruhjaya negeri.

Rombakan itu turut menyaksikan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan digantikan dengan Ahmad Yakob.

Lima yang lain ialah Saiful Bahari Mamat (Terengganu), Aminulhuda Hassan (Johor), Iskandar Abdul Samad (Selangor), Razman Zakaria (Perak), Mohd Shukri Ramli (Perlis).

Bagaimanapun Pesuruhjaya Pulau Pinang hanya akan diumumkan pada pertengahan Disember.

Pertengahan Disember ?? Kenapa ??

Inilah yang MMI kata ganjil , nampak seolah-olah ada masalah besar yang berlaku di Pulau Pinang.

Apakah ianya kerana sidang akhbar jawatankuasa PAS negeri sebelum ini yang memberikan kata dua kepada kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang atau sememangnya Salleh Man di lihat sudah tidak lagi relevan untuk memimpin kerana sanggup membelakangkan rakan seperjuangan sendiri ?? Baca Sini 

Atau Hadi masih menantikan jawapan daripada Guan Eng untuk mengesahkan siapa yang sebenarnya di persetujui oleh rejim DAP di Pulau Pinang ?? Maklumlah DAP Pulau Pinang baru sahaja selesai mesyuarat di peringkat negeri sabtu lalu mana nak sempat bagi kata putus ye tak ???

Apa yang pasti ada sesuatu yang berlaku di Pulau Pinang sehingga Hadi tidak dapat menamakan siapa yang di lantik sedangkan negeri-negeri lain sudah pun di muktamadkan.

Persuruhjaya PAS Negeri/Wilayah:

1. Kelantan - Datuk Ahmad Yaakob

2. Terengganu - Saiful Bahri Mamat

3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

4. Johor - Aminulhuda Hassan

5. Melaka – Adly Zahari

6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani

7. Selangor - Iskandar Abdul Samad

8. Perak - Razman Zakaria

9. Kedah - Datuk Mahfuz Omar

10. Perlis - Mohd Shukri bin Ramli

11. Wilayah Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad

12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling

13. Sarawak – Haji Adam Ahid

14. Pulau Pinang - diumumkan pada pertengahan Disember

Lantik ja Jeff Ooi senang !!


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels