Followers

Tuesday, 24 December 2013

Siapa Anak Kecil Ini ??


Sudah tentu ramai di kalangan kita yang pernah bertemu atau di sapa oleh kanak-kanak yang menunjukkan kad memperkenalkan diri daripada pusat-pusat tahfiz memohon derma dengan tujuan tertentu atau menjual barangan.

Dan sudah tentu ramai di kalangan kita yang MMI yakin membeli atau menghulurkan sumbangan ikhlas kepada kanak-kanak terbabit.Terima kasih di atas keikhlasan anda dan hanya Allah swt sahajalah yang mampu membalasnya.

Namun MMI bukan mahu membincangkan soal ganjaran tetapi lebih kepada cuba merungkaikan persoalan siapakah sebenarnya anak-anak kecil itu ?

Sudah pasti mereka adalah anak-anak yang sedang menimba ilmu di pusat-pusat tahfiz dan pernahkah kita terfikir sebagai seorang pelajar adakah tugasan mereka menjual barangan atau memohon derma ?

Bukankah mereka seharusnya belajar ??

MMI terpanggil untuk menulis tentang perkara ini kerana sudah banyak kali bertemu dengan anak-anak seperti ini di tempat-tempat yang berbeza.

Tahukah anda bahawa sebahagian daripada kanak-kanak ini di hantar sendiri oleh guru mereka seawal pagi untuk menjalankan tugasan memungut derma atau menjual barangan dan hanya akan di ambil semula apabila menjelang waktu malam !!

Bayangkan jika itulah tugasan mereka , bila masa anak-anak ini belajar ??

Kelihatan dalam gambar beliau bukan keseorangan tetapi di temani oleh seorang lagi rakan 
Kedua-duanya mula melarikan diri apabila ternampak MMI memerhatikan mereka
MMI amat-amat mengharapkan agar pihak berwajib segera melakukan siasatan supaya kejadian seumpama ini tidak berterusan.

Kepada ibu bapa atau siapa sahaja yang punya anak-anak di pusat tahfiz khususnya persendirian MMI amat-amat mengharapkan agar anda ambil tahu tentang apa yang berlaku kerana MMI khuatir anak-anak ini di pergunakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.


Kepada mereka-mereka di luar sana yang mengenali anak ini TOLONG ambil perhatian dan segeralah ke pusat pengajian beliau.Anak ini membawa barangan dan menjualnya kepada orang ramai sambil membawa kad memperkenalkan beliau daripada pusat tahfiz di sebelah utara Malaysia.

Saranan MMI keluarkan anak ini daripada tempat tersebut dan masukkan beliau ke mana-mana pusat pengajian lain yang lebih bertanggungjawab.

Kasihanilah mereka kerana mereka masih kecil dan tidak mampu untuk melawan orang-orang dewasa (guru atau penjaga) di pusat pengajian yang MMI labelkan sebagai TIDAK BERTANGGUNGJAWAB !

Sudah tentu mereka tidak mampu melawan orang yang jauh lebih dewasa daripada mereka.

Ayuh BANTU ANAK-ANAK ini kawan-kawan !!

MMI

1 comment:

  1. sememangnya amat sedih dan pilu melihatkan anak anak nih berkeliaran. perkara seperti ini bukanlah pertama kali disiarkan dan bukan kali pertama berlaku. dimana kah peranan Jabatan Agama ISLAM atau pehak berkuasa yang lainya. ada kah pusat pembelajaran saperti ini ditubuhkan semata mata untuk mengutip untung? atau mungkin kah pusat pusat saperti ini satu perniagaan yang tidak memerlukan modal? pendapat saya, kiranya pusat pusat saperti ini berdaftar dan benar benar perlukan kewangan untuk kepentingan pelajar, kenapa Jabatan Agama Islam tidak memberikan bantuan dari wang zakat yang dikutip bermilion riggit tuh? macamana nak kembangkan syiar ISLAM kalau duit yang ada tuh pun diKEMUT?

    ReplyDelete

Labels