Banyak pihak di luar sana rasanya masih menganggap bahawa Anwar Ibrahim merupakan pemimpin nombor satu dalam barisan pembangkang apatah lagi beliau kini menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
Walaupun ada di kalangan penyokong pembangkang khususnya dari kalangan parti PAS yang kurang selesa dengan cara dan gerak kerja Anwar Ibrahim namun mereka tetap akur apabila kepimpinan tertinggi PAS masih menaruh keyakinan terhadap Anwar Ibrahim.
Malah dalam parti DAP pula mereka sentiasa menyuarakan hasrat akan sentiasa menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim walaupun Karpal Singh sekali sekala naik sheikh sampai minta si Nuar bertaubat !
Justeru itu sekiranya pembangkang berjaya mendominasi atau menang dalam pilihanraya maka sudah tentu Anwar lah yang akan di nobatkan sebagai Perdana Menteri.
Begitulah suasana dalam kem pembangkang , mereka memperlihatkan seolah-olah ikatan tanpa akad yang sah itu cukup baik sedangkan hakikatnya tidak begitu.
Mungkin ada yang bertanya kenapa ? Kenapa hakikatnya tidak begitu ??
Seperti yang MMI katakan di awal tadi , banyak pihak di luar sana masih menganggap bahawa Anwar adalah pemimpin nombor satu dalam barisan pembangkang , namun ada sesuatu yang harus di lihat dan di perincikan supaya bukan sahaja penyokong pembangkang sedar tapi juga rakyat keseluruhannya.
Untuk memperincikannya maka kita perlu tahu siapa pemimpin yang paling berpengaruh dalam Pakatan Rakyat selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Sudah tentu jawapannya ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ini dapat dilihat daripada penghormatan ‘luarbiasa’ yang diberikan oleh pimpinan PKR mahupun PAS sendiri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Malah tanda hormat ini sanggup diterjemahkan oleh PKR dan PAS sehingga sanggup mengorbankan ahlinya sendiri.
Pertama kali penghormatan ini dapat dilihat jelas ialah apabila PKR sanggup menghadapi pilihan raya kecil Penanti di Pulau Pinang hanya semata-mata untuk menghormati “permintaan” Guan Eng supaya parti itu menukar Timbalan Ketua Menteri yang mewakili PKR.
Oleh kerana tidak serasi dengan Timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin seorang pemidato yang fasih, Guan Eng menyuarakan ketidakselesaannya itu kepada pucuk pimpinan PKR.
Ini kerana anak muda yang dipilih sendiri oleh Anwar Ibrahim itu ada kalanya membuat Guan Eng rimas kerana mempunyai pandangan yang agak tajam dan berbisa dalam hubungan di antara kerabat Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Fairus dengan pengamatan dan pidato yang tajam sering menyindir betapa kerajaan negeri yang dibina bersama DAP dan PAS mempunyai dasar yang ada kalanya membelakangi kepentingan Melayu dan Islam.
Guan Eng 'rimas' dengan bekas timbalannya
Apabila Guan Eng mula “panas” dengan gelagat anak muda yang diangkat ke jawatan berkenaan oleh Anwar sebagai memenuhi program melatih barisan kepemimpinan pelapis PKR, Anwar segera akur akan kehendak Guan Eng.
Maka Fairuz ‘dipujuk’ meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti. Walaupun keberatan, Fairus akhirnya bersetuju dengan syarat parti membantunya melanjutkan pelajaran ke Australia.
Maka tercicirlah Fairus daripada program pemimpin pelapis PKR. Namun bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam jika seseorang itu memahami politik dalaman PKR.
Malahnya calon-calon lain yang ‘ditimang-timang’ sebagai pemimpin pelapis seperti Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amiruddin Shaari di Selangor pun turut ‘tenggelam’.
Anwar mengambil kesempatan untuk menggantikan Fairus dengan Dr Mansor Othman, bekas Setiausaha Politiknya. Dalam pilihan raya kecil yang tidak disertai oleh Umno, bekas pensyarah itu menang tanpa saingan dan dinobatkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.
Maka berakhirlah perjuangan politik Fairus dalam PKR dan pada Februari 2010 beliau pun dengan rasminya menyertai Umno. Begitu hebat pengaruh Guan Eng hingga PKR kehilangan seorang pemimpin berbakat.
Pengganti timbalan Guan Eng juga tersepit dengan politik yang dibawa
Anehnya, Dr Mansor juga mendapati kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Menteri kurang selesa dan tersepit dalam politik ‘tahap tinggi’ Guan Eng.
Sehingga kini beliau tidak menafikan pernah menganggap anak Kit Siang itu sebagai ‘tokong’ yang sentiasa menagih ‘ketaatan’ sesiapa sahaja di bawahnya.
Justeru itu, dalam pilihan raya umum lalu, Anwar segera memindahkan sahabatnya itu dari kerusi DUN Penanti ke kerusi parlimen Nibong Tebal. Ini demi mengelakkan ego Dr Mansor akan berlaga dengan Guan Eng.
Kini PAS pula terjebak dalam kancah yang sama. Guan Eng menzahirkan kurang senangnya akan gelagat PAS Pulau Pinang yang menuntut supaya diberikan kedudukan politik lebih baik di negeri itu.
Malah tuntutan yang dibuat di ambang muktamar PAS bulan lalu, menggegarkan juga keyakinan ramai ahli PAS akan ketidakadilan dan campurtangan pentadbiran Islam di Pulau Pinang oleh Ketua Menteri.
Pemimpin PAS juga bungkam. Akhirnya di hujung muktamar semua pesuruhjaya PAS negeri-negeri dilantik semula kecuali Salleh Man yang dikatakan mendalangi “pemberontakan” terhadap Guan Eng dan DAP.
PAS pula ikut jejak PKR 'sejukkan' kemarahan Guan Eng
PAS tampil untuk mengumumkan bahawa tempat Salleh Man diganti oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Alasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali ialah, Mat Sabu orang Pulau Pinang dan faham politik negeri itu.
Bagaimanapun apa yang tidak disebut oleh Mustafa ialah, Mohamad Sabu juga adalah salah seorang pemimpin PAS yang diberi kedudukan dan imbuhan istimewa dalam sebuah syarikat kaitan kerajaan negeri. Kedua-duanya (Guan Eng dan Mat Sabu) adalah akrab.
Maka berhasillah PAS mengelakkan ‘kemurkaan’ Guan Eng yang amat tidak senang dengan pesuruhjaya PAS sebelum ini. Salleh Man tidak seperti Mat Sabu. Timbalan Presiden PAS itu lebih terbuka sikapnya dan pasti lebih mudah dibawa berunding.
Anehnya, apabila PAS berasa jengkel terhadap PKR yang dikatakan mahu membolot lebih banyak kerusi untuk ditandingi dalam pilihanraya umum Mei lalu, presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, tergamak menuduh salah seorang calon PKR di Terengganu adalah penjual pil kuda!
Nampak benar sikap PAS tidak begitu mengendahkan gelagat ‘bos’ PKR tetapi amat akur dengan kehendak Setiausaha Agung DAP! Mungkinkah kerjaya politik Salleh Man juga akan menemui penghujungnya seperti Mohamad Fairus Khairuddin?
Dan, sebagai tanda protes PAS juga mengeluarkan watikah pelantikan menantu presiden PAS sebagai calon kerusi Kota Damansara walaupun sebelum itu sudah bersetuju calon ‘parti sahabat’, Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding di situ.
Begitulah sikap PKR yang dijolok-jolok sebagai ‘pemimpin’ Pakatan Rakyat dan PAS yang mendakwa tulang belakang pengaruh pakatan itu di kalangan orang Melayu Islam apabila berhadapan dengan “kemarahan” DAP.
Berlatarbelakang episod ini tidak syak lagi bahawa pengaruh DAP, terutama Lim Guan Eng, adalah jauh lebih besar daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain selepas Anwar Ibrahim (buat masa ini).
Lebih penting lagi ialah, baik PKR mahupun PAS, masing-masing menatang kehendak DAP ‘bagai minyak yang penuh’. Ini kerana tanpa sokongan pengundi bukan Melayu kedua-duanya ‘tidak yakin’ atau takut tidak dapat menumbangkan Barisan Nasional.kredit MKP
Satu perkara yang harus rakyat faham mereka sentiasa mengintai peluang untuk mendapatkan kuasa dan apa yang telah berlaku jelas menampakkan mereka sebenarnya sudah berjaya menundukkan PKR dan PAS.
Percayalah mereka hanya menantikan masa yang sesuai dan bila tiba waktunya jangan pula ada perasaan terkejut atau kecewa kerana pada ketika kita punya peluang dan kuasa kebanyakkan dari kita lebih suka memilih untuk bersengketa sesama sendiri.
Beringatlah !!
MMI
No comments:
Post a Comment