Followers

Sunday 1 December 2013

Tentera Sudah Mula Masuk BANGKOK !!

Gambar Hiasan
Nampaknya keadaan di Thailand semakin kucar kacir dan sudah ada potensi untuk ianya semakin berkembang dan menjadi seperti mana krisis sebelum ini.

Dengan para penunjuk perasaan di lihat semakin agresif dan tidak ada tanda-tanda ianya akan berakhir maka pasukan tentera telah di kerah ke Bangkok bagi menjamin keselamatan di sana.

Kerajaan Thailand akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera untuk mengukuhkan keselamatan ketika penunjuk perasaan semakin mengganas di Bangkok, semalam.

“Bermula malam tadi, beberapa kumpulan tentera telah dihantar untuk mengawal keselamatan," kata jurucakap polis, Piya Utaya, sambil memberitahu, seramai 2,730 anggota tentera itu terdiri daripada tentera darat, laut dan udara.

Langkah itu diambil selepas berlaku keganasan di ibu negara Thailand, menyebabkan dua orang cedera kerana ditembak penunjuk perasan. - AFP

Untuk maklumat keadaan terkini di Thailand .. klik SINI 

Psst bersyukur kerana di lahirkan di bumi Malaysia !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels