Followers

Saturday, 14 December 2013

Tolonglah BANTU Kami !! Part 2 @dzainalabidin @DrNovandri @NajibRazak


Apakah yang sedang berlaku ? Barangkali inilah yang sedang di fikirkan oleh seorang budak lelaki sewaktu berdiri di depan rumahnya memerhatikan kehadiran para sukarelawan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang tiba di kampung Air Puteh Kemaman seawal jam 9.20 pagi 12 Disember 2013.

Sebelum itu semua peserta konvoi yang berlepas dari Pulau Pinang telah selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kemaman pada jam 4.30 pagi Baca Sini 

Untuk makluman , semua sukarelawan mula bergerak ke lokasi pada jam 8.30 pagi dan suasana pada pagi ini masih sama dengan hujan renyai-renyai mengiringi konvoi.



Perjalanan yang memakan masa hampir 45 minit itu akhirnya tiba di lokasi yang di tetapkan dan seperti mana yang MMI katakan sebelum ini suasananya jauh berbeza sama sekali.Mereka yang mengalami musibah banjir ini sudah tentu punya kekuatan dan semangat yang cukup tinggi kerana apa yang di alami benar-benar menguji tahap kesabaran sesiapa jua.

Kampung Air Puteh Kemaman , didiami hampir 2 ribu penduduk dan punya 100 buah rumah merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas kerana kejadian banjir besar yang berlaku.Berdasarkan perbualan bersama penduduk kejadian tersebut berlaku dengan pantas malah arus air yang cukup kuat  memusnahkan rumah-rumah yang berada di laluannya.






Untuk rekod , Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir yang tiba kemudiannya di pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan mula memasuki kawasan kampung menuju ke rumah-rumah mangsa bagi menghulurkan bantuan serta membantu membersihkan rumah-rumah yang secara keseluruhannya di tenggelami air baru-baru ini.










Turut sama memberikan perkhidmatan adalah Klinik Bergerak yang di ketuai oleh Dr Novandri dan pasukannya.







Begitulah keadaannya di Kampung Air Puteh Kemaman yang di timpa musibah banjir besar.Walaupun suasana tidak seceria seperti hari-hari biasa namun kehadiran para sukarelawan membantu serta memberikan perkhidmatan kepada penduduk di sini amat bermakna kepada mereka.

Kerja-kerja membantu penduduk di teruskan mengikut kumpulan masing-masing dan hanya berhenti rehat untuk makan tenghari.


Menu makan tengahari yang di sediakan cukup menarik walaupun hanya berlaukkan ikan kering.Dalam keadaan sebegini MMI yakin semua anggota sukarelawan yang bertugas dapat merasai erti syukur dan bertuahnya mereka kerana masih lagi dapat makan dan minum.

Hasil daripada perbualan dengan penduduk-penduduk di sini , boleh di katakan hampir semuanya tidak dapat untuk memasak kerana keadaan dapur dan barangan yang rosak sepenuhnya.


Di maklumkan juga penduduk yang sudah kembali ke rumah masing-masing bergotong-royong untuk memasak secara berkumpulan ini bagi memudahkan mereka-mereka yang rumahnya masih perlu di bersihkan mendapat makanan.

Setelah selesai makan tengahari , kerja-kerja bantuan serta pembersihan di teruskan sehingga ke jam 5.00 petang.

Jelas terpancar di wajah para sukarelawan kepuasan yang amat sangat kerana mampu hadir menghulurkan sendiri sumbangan keringat mereka kepada yang memerlukan.

Bersambung di Part 3 !!

MMI

1 comment:

  1. Sungguh mulia sumbangan kumpulan ahli sukarela berkenaan.

    ReplyDelete

Labels