Semua pihak sudah sedia maklum bahawa ISA sudah pun di mansuhkan beberapa tahun lalu hasil daripada usaha berterusan banyak pihak termasuk rakyat di bawah sana kononnya akta ini terlalu zalim kepada rakyat.
Maka keputusannya Malaysia tidak lagi punya ISA seperti mana negara-negara lain contohnya Singapura sendiri walaupun puak-puak pembangkang sering melalak menyatakan Singapuralah antara negara yang dan kerajaan paling baik jauh mengatasi Malaysia dalam serba serbi tetapi mereka sehingga kini masih mengekalkan akta tersebut.
Oleh kerana kebodohan sesetengah daripada kita yang termakan dengan dakyah pembangkang maka kerajaan pun memansuhkan akta ini.
Setelah itu berpestalah seluruh rakyat Malaysia di serata pelusuk negeri tetapi yang anehnya bukan pesta gelak ketawa tetapi pesta tembakan sehingga melibatkan kematian.
Rata-rata rakyat panik , apa sudah jadi ? Mengapa kejadian ini begitu mudah berlaku ? Sebelum ini sukar sekali kita mendengar pesta tembakan seperti ini.Malah insiden yang berlaku jelas menunjukkan penembak-penembak itu begitu berani sekali malah berada hampir dengan kedudukan mangsa sebelum tembakan di lepaskan.
Itulah antara senario yang berlaku setelah akta ISA di mansuhkan.
Kemudiannya mulalah angin sepoi-sepoi bahasa bertiup sehingga terdengar diantaranya menyebut kembalikan ISA supaya ketenteraman rakyat dapat di kawal semula.
Kembalikan ISA supaya mereka-mereka ini dapat di tangkap.
kembalikan ISA supaya pihak Polis dapat melakukan pencegahan awal sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.
Itulah antara bunyi-bunyi yang di bawa oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang kini nampaknya mula bertiup laju.
Walau bagaimanapun MMI secara peribadi merasakan tak perlu di kembalikan akta ISA ini , biar rakyat tahu betapa susahnya apabila suka bertindak mengikut hati.
Biar rakyat tahu betapa sengsaranya jika kita sering kali mendengar dan percaya kata-kata penghasut dan pengkianat negara yang kini bertaburan di luar sana.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.“Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini hari ini.Beliau juga berkata, andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid. – Bernama
MMI setuju dengan kenyataan ini jangan di kembalikan akta ini , meminda atau mengubal akta baru lebih sesuai seperti mana sesuainya tindakan rakyat sebelum ini yang mendesak kerajaan agar memansuhkan ISA.
Biar mereka rasa !!
MMI
kalu bole, biarlah mereka2 yg setuju ISA dimansuhkan, berakhir dihujung senjata penjenayah! Baru padan muka mereka!
ReplyDelete