Gambar Hiasan |
Benarlah cakap orang-orang lama di waktu kita berbalah sesama sendiri akan ada pihak lain mengambil kesempatan di atas kelemahan kita.Adalah sesuatu yang cukup merugikan apabila insiden seperti ini sentiasa berulang kerana apa yang sedang berlaku bukan sahaja melibatkan kepentingan orang Melayu tetapi juga agama Islam.
Sedarkah kita dalam usaha berterusan banyak pihak di bawah sana untuk terus mempertahankan kalimah Allah daripada di gunakan oleh bukan Islam , kita orang-orang Melayu yang terlibat secara langsung dalam dunia politik kini (tak semua) sanggup berdiam diri kerana kepentingan parti dan persahabatan.
Selain dari itu ada juga yang sudah berjanji akan mempertahankan kalimah Allah walau dengan apa cara sekalipun namun sedikit kekesalan apabila sebahagiannya lebih terarah kepada usaha menjatuhkan sesama sendiri.
Mana perginya MELAYU yang satu ketika dulu di geruni kerana pendirian dan ketegasannya ?
Hilang ? Berubah ? Apa kena orang Melayu ?
Kita perlu sedar bahawa di saat ini di kala kita di lihat begitu RAPUH kerana persengketaan sesama kita , mereka sedikit demi sedikit mula melebarkan apa yang kita gelarkan sebagai TUNTUTAN !!
Tak perlu MMI ulas tentang insiden lain kerana semua pihak sudah sedia maklum , cuma sekadar satu peringatan kepada semua agaknya kenapa secara tiba-tiba Karpal Singh boleh sahaja menyentuh tentang penggunaan kalimah Allah oleh kaum Singh di Malaysia ?
Kadang-kadang terfikir kembali sejarah keluarnya Singapura dari bumi Malaysia !!
MMI
No comments:
Post a Comment