Artikel ini MMI khususkan kepada semua ahli UMNO tak kiralah sama ada peringkat mana sekalipun.Dalam masa yang sama kepada ampa yang bukan ahli atau sesiapa sahaja yang nak baca teruskan ja tak ada hal.
Pertamanya MMI melihat kepada suasana politik negara sejak 2004 yang lalu sehinggalah ke hari ini.Macam-macam cerita dan sudah pasti kesan daripada gabungan parti-parti pembangkang dalam satu pakatan yang memang haprak ni sedikit sebanyak memberikan kesan secara tak langsung bukan sahaja kepada parti UMNO tetapi juga kepada kerajaan.
Sedar atau tidak segala-galanya bermula dalam satu situasi yang menghibakan apabila Tun Mahathir mengumumkan untuk melepaskan semua jawatannya dalam parti dan juga pentadbiran kerajaan.Maksudnya Tun sudah tidak lagi mahu menerajui parti dan tidak lagi mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah 22 tahun memimpin.
Tak perlu rasanya MMI ulas apa yang berlaku sepanjang 22 tahun Tun Mahathir memimpin negara dan parti cumanya dengan keupayaan yang di milki oleh beliau maka Tun di kenali serata dunia bahkan membawa nama Malaysia ke persada dunia.
Tun Mahathir juga sebenarnya mendepani gerakan-gerakan jalanan seperti mana yang berlaku ketika ini malah lebih dasyat daripada hari ini jika di kira dari sejarah REFORMASI yang berlaku pada tahun 1998 malah Tun juga membuktikan dalam tekanan yang agak berat pada ketika itu parti UMNO masih lagi BERJAYA memenangi pilihanraya dan Barisan Nasional masih mengekalkan kuasa sebagai parti pemerintah.
Maka di sinilah segalanya bermula dalam kesediaan pejuang-pejuang UMNO untuk terus berjuang mengangkat martabat bangsa , agama dan negara secara tiba-tiba suasana hiba dan penuh sayu menyelebungi segenap hati dan jiwa ahli-ahli UMNO di seluruh negara.
Tun Mahathir mahu melepaskan semua jawatannya yang di umumkan dalam ucapan pengangguhannya sewaktu perhimpunan agung UMNO pada tahun 2002.
Maka riuh rendahlah seluruh ahli-ahli UMNO dan bukan UMNO dengan pelbagai pandangan serta pendapat masing-masing.Ada yang mahu Tun terus mengekalkan jawatannya dan ada juga yang redha dengan keputusannya.Malah tak kurang juga yang langsung tak ambil tahu.
Justeru itu Tun Abdullah yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO di siapkan sebagai pengganti Tun Mahathir dengan satu tempoh masa yang di persetujui oleh Tun Mahathir sendiri.
Maka bermulalah episod baru dalam parti UMNO dan kerajaan apabila rakyat sudah mula berbicara tentang bakal pemimpin nombor satu negara yang akan mengangkat sumpah.
Antara yang MMI masih ingat adalah , kehadiran Tun Abdullah sebagai pengganti Tun Mahathir di lihat amat bertepatan apatah lagi dengan penampilan beliau yang di lihat lebih Islamik dan boleh di terima banyak pihak.
Pada tanggal 31 Oktober 2003 Tun Abdullah kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.
Bermulalah era Tun Abdullah dengan pendekatan Islam Hadharinya dan rata-rata rakyat menerima kehadiran Tun Abdullah dengan cukup baik.Kesan daripada sokongan itu Tun Abdullah berjaya memimpin Barisan Nasional dalam PRU11 mencapai kemenangan besar membuktikan betapa Malaysia berada di kedudukan yang tersendiri.
Namun sesuatu berlaku selepas itu , MMI tak pasti apa punca dan penyebabnya secara khusus kerana pelbagai pendapat serta pandangan dari banyak pihak cuma yang boleh MMI zahirkan di sini sebagai orang biasa yang melihat pergerakan parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional , masalah dalaman parti UMNO yang amat tidak menyenangkan berlaku.
Selain daripada usaha berterusan pihak pembangkang memusnahkan reputasi UMNO dan kerajaan melalui gerakan serta pendekatan mereka yang pada ketika itu jauh mengatasi UMNO dan Barisan Nasional sendiri.
Pasti banyak pihak yang sedia maklum pada ketika itu UMNO dan BN ketinggalan jauh dalam dunia dan medan baru iaitu ruang siber.
Rata-rata mereka yang punya pengalaman pada ketika itu juga mengakui bahawa UMNO lalai kerana masih dengan pendekatan lama sedangkan pihak lawan sudah jauh mengatasi.
Maka dalam kekalutan itu berlakulah apa yang kita gelarkan sebagai kejutan apabila UMNO dan BN hampir-hampir hilang kuasa sebagai kerajaan pemerintah apabila hanya memenangi 144 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang di pertandingkan.
Serentak dengan itu jugalah maka UMNO sekali lagi berantakan , sikap tuduh menuduh siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dengan apa yang berlaku berkemundang dari hari ke sehari.
Di sinilah bermulanya gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri dengan alasan kepimpinan itu terlalu lembik dan perlu di ganti.
Tun Abdullah menjadi mangsa kepada keadaan ini dan akhirnya beliau meletakkan jawatan dengan menyerahkannya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ke 6 Malaysia.
Maka dengan segala jerit perih Najib berusaha sehabis mungkin untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.Beliau bukan sahaja perlu memastikan ahli-ahli UMNO tidak terus berbalah tetapi juga perlu memastikan hubungan di antara pelbagai bangsa harus di rapatkan.
Maka dengan itu slogan 1Malaysia di lancarkan.
Bergemalah di seluruh negara laungan 1Malaysia atau laungan keramat ini sehinggakan seluruh ahli-ahli UMNO begitu yakin bahawa PRU13 UMNO dan BN bakal mendapat mandat besar daripada rakyat.
Namun segalanya tiba-tiba berubah , pada jam 7 petang hari pengundian di khabarkan Barisan Nasional bukan sahaja tidak berjaya mengekalkan 144 kerusi di parlimen tetapi turut di gemparkan dengan tindakan pengundi-pengundi cina melakukan swipping kepada pembangkang.
Hanya 133 kerusi parlimen berjaya di pertahankan atau di menangi oleh Barisan Nasional dalam PRU13 dan kebanyakkan calon-calon komponen terdiri daripada Gerakan , MCA dan lain-lainnya kecundang.
Apakah yang telah berlaku ? Di manakah silapnya UMNO dan BN sebelum PRU13 ?
Sambung di SINI
MMI
Umno tinggal 2 pusingan lagi je sebelum bungkus.Pru akan datang ok tapi bernafas dalam lumpur lagi satu akan ditalkinkan......
ReplyDeleteNajib tidak releven lagi..Tektik politik yg kurang sesuai..Tak semua ahli UMNO faham apa yg Najib ingin sampaikan..Tapi fahami lah mejoriti yg mengundi adalah working class...kami fight untuk hidup..jika menyusakan kami , kami ada cara mengajar PM yg Bodoh.
ReplyDeleteSudah banyak rasanya kita bertekak atau berbincang tentang "umno reform" dan sebagainya.Sehingga hari ini suasana masih sama dan yang bersuara tiada pendirian sendiri mudah dibeli.Benar ramai yang cerdik pandai hanya berdiam diri dalam umno,kenapa? Mereka tak jumpa platform atau jalan bagaimana untuk suara mereka didengar ke akar umbi ini hakikat yang Najib harus tahu.Dikeliling oleh orang yang tak guna malah menyusahkah.Sekiranya pemimpin ditukar siapakah yang layak? Sebelum ini paklah bukan? Apa yang berlaku kepada Paklah? Anda pun tahu.. Andai kata Najib ditolak bolehkah imej umno dikembalikan? Saya rasa jawapannya 'tak'.Najib harus lihat org kanan dan kiri beliau inshaAllah pulih.
ReplyDeleteFight untuk hidup kepala otak engkau.maa...........Ada kereta tukar sport rim.Ada rumah penuhkan alatan rumah dengan hutang keliling pinggang.
ReplyDeleteMelayu mana fight utk hidup,ramainya yg fight utk enjoy.Nak hidup cukup mudah di negara ini,Bangla dan Indon yg datang secara haram pun boleh hidup dan kupul banyak wang hantar balik ke kampung.Seorang Bangla yg saya kenali,mengaku berpendapatan RM 4,00 ke 5,000.00 sebulan dgn melakukan kerja kasar apa saja yg org tempatan geli nak buat.Si Indon pula tak henti-henti dapat kerja buat renovation rumah dan mampu hantar balik kekampung RM2000 setiap bulan.
Delete