Followers

Wednesday, 29 January 2014

Provokasi Mampu Cetuskan Huru-Hara , BOM ?


Semalam telah berlangsungnya satu demo bantahan berkenaan pemasangan kain rentang di beberapa gereja yang telah menimbulkan ketegangan banyak pihak di Pulau Pinang.Bertempat di Masjid Umar Al-Khattab Bayan Baru orang ramai berkumpul sambil membuat bantahan dan kemudiannya berarak ke Balai Polis Bayan Baru untuk membuat satu laporan polis.

Sebelum itu himpunan semalam di anjurkan oleh Gabungan NGO Melayu Islam Pulau Pinang dan kehadiran seramai 80 orang.Dalam ucapan mereka telah menyampaikan beberapa perkara yang merujuk kepada tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengganggu-gugat kedudukan agama Islam di Malaysia.

Malah dalam beberapa perkara tindakan pihak kristian yang masih bertegas mahu menggunakan kalimah Allah amat di kesali dan menimbulkan kemarahan banyak pihak khususnya orang-orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Antara perkara yang di bawa oleh peserta bantahan semalam. 

1.Mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan kesucian agama Islam. 

2.Menyatakan rakyat di negara ini mengamalkan perpaduan melalui kepelbagaian bangsa dan agama di bawah pemerintahan barisan nasional.

3.Menyatakan hakx umat islam di negara ini semakin lama semakin di terhakis dan dicabar oleh penganut agama lain.

4.Menyeru kepada penganut agama islam supaya bersamax mempertahankan kesucian agama islam.

5.Menyatakan dap telah mencadangkan penggunaan kalimah allah oleh penganut agama kristian dan memperkenalkan bible dalam bahasa melayu untuk menarik sokongan pengundi sabah dan sarawak.

6.mengecam tindakan guru berbangsa cina yang telah menyuruh 2 pelajar melayu memakan rumput kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

7.Menyatakan menteri pertahanan telah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat cina tidak menyertai askar adalah kerana takut dan tidak mahu mati untuk negara.

8.Mempersoalkan telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang agama islam adalah agama rasmi malaysia tetapi kini kenapa masyarakat bukan islam kini cuba meminggirkan kenyataan tersebut dan menindas orang islam.

9.Mengungkit kes lina joy yang murtad, kes perebutan mayat pendaki gunung everest yang memeluk agama islam dan gerakanx memurtadkan orang islam semakin menjadix di malaysia.

10.Menyeru umat islam / melayu bersatu menentang mereka yang cuba menggugat kedaulatan dan kesucian agama islam. 

Cuma MMI ingin jelaskan berdasarkan printscreen gambar di atas , ianya adalah satu tindakan yang rasanya tidak perlu di lakukan oleh semua pihak pada ketika dan saat ini.

Hentikan penyebaran maklumat yang tidak benar seperti ini kerana ia mampu mengundang malapetaka yang jauh lebih dasyat.

Untuk makluman himpunan bantahan semalam hanyalah satu himpunan secara aman yang di akhiri dengan satu laporan polis tanpa ada sebarang kekacauan.

Tidak ada sebarang tindakan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan serangan bom dan sebagainya.


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels