Masih berkenaan isu perletakan jawatan ADUN Kajang , Lee Chin Cheh yang di lihat menjadi mangsa kepada kerakusan politik yang di bawa oleh Anwar Ibrahim dalam PKR.
Seperti banyak pihak sedia maklum perletakan jawatan ini sebenarnya sudah di rancang dan ianya amat mustahil sekali di lakukan secara tiba-tiba.
Berdasarkan pemerhatian gerak dan sejarah politik pembangkang , perletakan jawatan ini sebenarnya punya agenda.Ianya di lakukan bagi mengawal kesan daripada kegagalan pembangkang sendiri khususnya dalam isu Jepun , Kangkung , Nurul Izzah , Khalid Ibrahim , Kalimah Allah dan beberapa lagi yang sebenarnya meletakkan kedudukan Pakatan Rakyat dalam keadaan yang tidak selesa.
Serangan bertali arus oleh penyokong pro kerajaan turut menjadi alasan kenapa sesuatu yang lebih besar perlu di lakukan bagi menghentikan semua isu-isu yang kini sedang panas meletup-letup di pasaran media sosial.
Sudah tentu Anwar Ibrahim perlu di berikan tempat supaya satu diversion dapat di lakukan dengan segera.Ini memandangkan tidak ada lagi mana-mana pemimpin pun dalam PKR yang mampu melakukan pembohongan , lakonan , malah mungkin aksi akrobatik sehebat Anwar.
Ini dapat di lihat melalui respon atau reaksi daripada pihak-pihak terlibat khususnya Speaker Hannah Yeoh yang begitu cepat mengeluarkan kenyataan di laman twitternya.
Mana mungkin seorang speaker begitu cepat boleh membuat kenyataan berkenaan perletakan jawatan tersebut sekiranya ianya di lakukan tanpa sebarang perancangan awal.
Maka Lee Chin Cheh di korbankan , di kambing hitamkan seperti mana pengorbanan Wan Azizah sewaktu memberi ruang kepada Anwar bertanding di Permatang Pauh.
Yang pasti ianya bukan main-main tindakan semacam ini memerlukan persiapan rapi.
"Saya letak jawatan untuk memberi ruang kepada Anuar Ibrahim bertanding" antara ayat yang cukup hina sebenarnya.
Penghinaan ini bukan sahaja terarah kepada Lee semata-mata tetapi turut mengheret Anwar Ibrahim sekali memandangkan beliau adalah pemimpin utama dalam PKR jauh mengatasi kredibiliti presiden parti sendiri yang sebelum ini pernah bertindak mengosongkan kerusi parlimen di Permatang Pauh.
Lihatlah betapa hinanya pemimpin-pemimpin ini mengambil mudah kepercayaan dan amanah rakyat yang telah mengundi mereka demi kepentingan politik !
Serentak dengan itu maka suara pemimpin daripada parti DAP dan PAS mula berkumandang kononya mereka sendiri pun tidak di maklumkan malah tidak ada sebarang perbincangan sebelumnya.
Terkejut ? Berlakon !
Aduhai bukan itu sahaja NGO BERSIH pun tampil menyatakan mereka tidak bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut.
Cuma yang kelihatan menyokong adalah AMK yang di ketuai oleh si Shamsul Iskandar yang kebetulan amat perlu membodek Anwar pada ketika ini memandangkan demo bodoh anjuran beliau di depan kedutaan Jepun menjadi penyebab kepada serangan terhadap Anwar.
Bodek kuat ? Selalu sangat !
Jika melihat kepada keseluruhan isu perletakan jawatan Lee Chin Cheh dan kesudian Anwar untuk menjadi calon maka kita dapat merumuskan percaturan ini tidak lebih daripada usaha kaum cina Pakatan di Selangor yang sengaja mahu membazirkan wang rakyat.
Mereka sendiri sebenarnya tahu dan sedar bahawa dengan perletakan jawatan itu akan menyebabkan satu lagi pilihanraya kecil perlu diadakan dan dengan sokongan mereka terhadap tindakan tersebut sama ertinya dengan bersetuju supaya wang rakyat di gunakan.
Satu pembaziran yang akan berlaku di sebabkan oleh sikap pemimpin pembangkang sendiri !
Dalam masa yang sama mereka di lihat cuba menuding jari kepada UMNO dan BN dengan menyarankan supaya BN tidak bertanding.Ini dilihat sebagai umpan awal bagi menutup kelemahan mereka sendiri.
Percayalah sekiranya BN tidak bertanding sekalipun hampir pasti akan ada calon BEBAS yang pasti menawarkan diri seterusnya pilihanraya kecil tetap perlu diadakan oleh SPR.
Dalam masa yang sama kita tidak boleh menafikan pengalaman lalu iaitu kemungkinan kesempatan pilihanraya kecil ini akan di gunakan sepenuhnya oleh kaum cina di Kajang bagi memeras ugut BN dengan pelbagai tuntutan serta bantuan seperti mana yang berlaku sebelum ini dan akhirnya pilihan mereka tetap kepada pembangkang.
Di sinilah kita perlu melihat kepada rasional tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang ini kerana mereka lebih kepada soal kepentingan politik peribadi dan kepartian tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat dan negara.sumber utaranews
MMI
No comments:
Post a Comment