Punya hebat pemimpin DAP sorang ni sampaikan habis segala benda dia nak tegur.Bukan MMI kata tegur tu salah tapi kalau dah dalam parti sendiri pun berterabur , hancing sana sini macam mana la teguran tu orang nak pakai ?
MMI percaya sebagai kerajaan , Barisan Nasional bukanlah sebuah kerajaan yang langsung tidak mengendahkan sebarang bentuk teguran tetapi biarlah ianya di lakukan dengan cara yang terhormat dan baik.Maksud di sini biarlah yang menegur itu di kalangan mereka yang punya prinsip dan gerak kerjanya serta rekod sebelumnya benar-benar di percayai dan di hormati.
Terkini pula cerita tentang surat terbuka yang di utuskan oleh Lim Kit Siang kepada Perdana Menteri dan barisan jemaah Menterinya menyentuh beberapa perkara yang pada pengamatan MMI hanyalah satu sandiwara politik yang cuba di mainkan oleh Kit Siang.
Kenyataan dalam blog milik beliau yang mempertikaikan tentang gerak kerja dan peranan kerajaan dalam menguruskan pentadbiran negara jelas membuktikan pemimpin DAP ini cuba berlakon alim.
Beliau yang di kenali sebagai dalang utama dalam isu kekecohan 13 Mei 1969 di lihat cuba berpura-pura dengan mengungkit pelbagai perkara yang sebenarnya mencerminkan keperibadian pemimpin itu sendiri.
Dalam dunia politik tanahair semua sedia maklum bahawa parti DAP adalah serpihan daripada parti PAP di Singapura.
Jika Kit Siang berbicara soal demokrasi dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan , beliau sebenarnya sedang berbicara soal parti DAP sendiri dan ini boleh di rujuk dengan isu ROS yang membelanggu parti tersebut sehingga kini.
Malahan asakan oleh banyak pihak supaya Gobind Singh Deo mengumukakan bukti ekoran tindakannya sebelum ini yang mendakwa telah menghantar surat guaman untuk menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP sehingga kini masih belum di jawab membuktikan parti DAP sendiri pun sebenarnya tidak mengamalkan demokrasi dalam pemilihannya.
Memetik kenyataan Kit Siang dalam blognya , beliau di lihat membangkitkan 5 perkara supaya di berikan perhatian oleh kerajaan dan menteri kabinet.
Namun setelah di teliti ke lima-lima perkara yang di bangkitkan itu , ianya berlaku kerana tindakan pihak pembangkang sendiri.
1,Krisis pembinaan negara dan perpaduan negara kerana polarisasi yang paling teruk melibatkan kaum dan agama dalam sejarah negara ini - membuat satu penghinaan terhadap Bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 serta dasar 1Malaysia.
Sedarkah Kit Siang bahawa isu melibatkan ketegangan kaum sebenarnya bermula daripada tindakan pihak pembangkang sendiri yang langsung tidak menghormati hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam di Malaysia ? Tahukah Kit Siang bahawa pelbagai hinaan terhadap pemimpin negara , orang Melayu dan agama Islam berlaku saban waktu dan kebanyakkan daripadanya di lakukan oleh mereka-mereka yang bukan Islam dan sebahagiannya daripada RBA.
Dalam masa yang sama adakah dasar 1Malaysia itu sebenarnya memihak kepada satu-satu bangsa sahaja sedangkan sebelum PRU13 yang lalu kaum cina juga mendapat keistimewaan melalui dasar-dasar yang telah di laksanakan.Jangan berbohong , apakah ada mana-mana kaum yang terpinggir daripada pelaksanaan dasar tersebut ?
2.Krisis ekonomi yang semakin meruncing disebabkan oleh runtuhan kenaikan harga berpunca pada pengenalan GST di enam peratus pada April 2015.
Sedarkah Kit Siang pelaksanaan GST merupakan penambahbaikkan sistem cukai sedia ada yang jelas memihak kepada rakyat sebenarnya.Dengan pengenalan barangan yang di kecualikan daripada GST juga sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada golongan pengguna.
Secara logiknya pengurangan cukai daripada 12% ke 16% menjadi hanya 6% bukanlah sesuatu yang membebankan tetapi adalah satu tindakan untuk memastikan rakyat tidak terbeban.
Seperkara yang perlu di fahami adalah kenaikan harga yang di war-warkan itu sebenarnya berpunca daripada sikap sesetengah pengeluar dan pembekal sehingga memaksa peniaga menaikkan harga bagi mengimbangi kos yang di keluarkan.
Dengan pelaksanaan GST ini nanti kerajaan akan dapat memantau kos harga barangan melalui kementerian yang terlibat dan sudah pasti ianya bakal menguntungkan pengguna.
Dalam masa yang sama Kit Siang harus mengakui terdapat pemimpin pembangkang sendiri antaranya Lim Guan Eng yang memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara dan sedarkah Kit Sing tindakan sedemikian akan menyebabkan pelabur kurang berminat untuk melabur di Malaysia ?
3.Krisis rasuah tanpa sebarang tanda-tanda bahawa akan ada kempen yang serius untuk melawan “grand corruption” , pembaziran berlebih-lebihan dan penyalahgunaan dana awam.
Kit Siang seharusnya mengakui bahawa beliau bersama-sama dengan kepimpinan dalam pembangkang sebenarnya sedang berurusan dan mempertahankan seorang pemimpin yang pernah di sabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa sehingga di penjarakan.
Gejala rasuah sebenarnya sentiasa menjadi agenda utama kerajaan dan usaha untuk menangani rasuah ini di buat dengan bersungguh-sungguh sehingga lahirnya SPRM.Apakah Kita Siang buta atau buat-buat tak faham bahawa siasatan demi siasatan sentiasa di lakukan oleh pihak SPRM dan tuduhan serta tangkapan telah dan akan terus di buat kepada mana-mana pihak yang di sabitkan dengan kesalahan rasuah ?
Sebagai pemimpin veteran dalam parti DAP , Kit Siang tentunya tahu dan sedar sistem penguatkuasaan melibatkan gejala rasuah hari ini jauh lebih baik daripada sebelumnya dan sesiapa jua berhak mengemukakan aduan kepada SPRM supaya siasatan dapat di jalankan.
Namun kerana sikap pembangkang maka institusi seperti SPRM pula di politikkan dengan menuduh institusi ini sebagai barua kerajaan.
Adakah tindakan sedemikian wajar di lakukan bagi mereka yang kononnya berjuang untuk membasmi gejala rasuah ? Kit Siang di lihat lebih banyak bercakap daripada berusaha untuk sama-sama membasmi gejala ini.
Malah dalam beberapa kes yang melibatkan pembangkang di mana Kit Siang sekiranya beliau benar-benar berjuang untuk membasmi rasuah ?
4.Krisis semakin merosot standard pendidikan negara ke tahap di mana kedua-dua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah berhenti bercakap tentang prestasi yang lemah Malaysia pada tahun 2011 dan 2012 TIMSS PISA.
Sistem pendidikan bukanlah perkara yang seharusnya di politikkan kerana ia punya nilai tersendiri.Malah jika di lihat kepada tindakan pihak kerajaan khususnya melalui Kementerian Pendidikan setiap dasar dan pelan pembangunan pendidikan negara di lakukan secara berhati-hati.Dalam masa yang sama setiap keputusan itu melibatkan banyak pihak dan setelah semua pihak berpuas hati barulah ianya di persetujui.
Untuk makluman , kerajaan tidak akan sesekali mengambil mudah soal pendidikan kerana ia melibatkan seluruh generasi apabila sesuatu keputusan di buat.Apakah kerajaan mengambil mudah dalam perkara sebegini ? Sudah tentu tidak namun sudah barang pasti akan terdapat kelemahan-kelemahan tertentu apabila sesuatu itu di laksanakan apatah lagi ianya berkaitan dengan pendidikan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk melakukan penambahbaikkan terhadap sistem pendidikan negara.Malah laporan awal jelas menunjukkan usaha berterusan kerajaan untuk melihat tranformasi pendidikan terus berlaku sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
Dalam persaingan sebegini sudah pasti akan berlaku penambahbaikkan atau kemerosotan di mana-mana namun ianya tidak bererti kerajaan lepas tangan , Kementerian bertanggungjawab sentiasa dan terus berusaha untuk memastikan yang terbaik buat rakyat khususnya golongan pelajar.
5.Krisis keselamatan dan keselamatan rakyat, pelabur dan pelancong kerana pihak polis masih belum memahami maksud "kepolisan demokrasi" dan masih berpandukan mentaliti kolonial dengan "rejim-protetion" sebagai keutamaan pasukan polis sedangkan ia seharusnya melindungi rakyat, pelabur dan pelancong supaya bebas dan selamat.
Soal keselamatan sebenarnya merupakan perkara paling utama bagi kerajaan untuk memastikan bukan sahaja rakyat tetapi juga negara selamat daripada sebarang ancaman musuh.Perlu diingat akta ISA yang sebelum ini menjadi perisai kepada negara sudah pun di mansuhkan dan pemansuhan akta tersebut sebenarnya di dalangi oleh gerakan pihak pembangkang sendiri.
Menjadikan ISA sebagai isu politik kononnya akta ini zalim dan sebagainya dengan permainan politik jalanan pembangkang sebelum ini menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkannya berdasarkan rungutan rakyat.
Tindakan ini tidak pernah pula di war-warkan oleh mana-mana pemimpin pembangkang bahawa kerajaan mendengar suara rakyat sehingga termansuhnya akta ISA.Mengapa tidak Kit Siang menjuarai soal ini war-warkan kepada seluruh rakyat bahawa kerajaan prihatin mendengar keresahan rakyat dan menjalankan tanggungjawabnya.
Semua itu tidak berlaku kerana sentimen politik yang wujud dalam parti pembangkang yang lebih suka menuding jari kepada kerajaan sekiranya ada sebarang masalah yang berkaitan.Contohnya dalam insiden tembakan dan pembunuhan sebelum ini yang di lihat menjadi-jadi , kebanyakkan pemimpin pembangkang menyalahkan pasukan polis dan kerajaan sedangkan hakikatnya mereka tahu ianya merupakan kesan daripada pemansuhan akta ISA yang di perjuangkan oleh mereka sendiri.
Inilah wajah sebenar pembangkang khususnya Lim Kit Siang dalam mendepani perkara-perkara sebegini mereka tidak akan berhenti selagi mana Putrajaya belum di takluki.
Malah beberapa insiden terkini khususnya dalam soal tuntutan kalimah Allah , kangkung , kemarahan orang Melayu terhadap tindakan Adun PKR dan segala-galanya di tudingkan kepada kerajaan sedangkan hakikatnya merekalah yang menjadi pencetusnya.
Malah isu kangkung dan pengusiran Anwar dari Jepun yang kini mengundang sedikit rasa kurang senang rakyat Jepun terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang membakar bendera negara Jepun juga di salahkan kepada kerajaan.
Dalam masa yang sama Kit Siang turut memberikan contoh bahawa tindakan ADUN PKR di Machang Bubuk yang menghina kepimpinan negara dengan menyumbat kangkung ke mulut replika berupa wajah PM tidak langsung terkesan kepada orang Melayu.
As the PAS Deputy President, Mohamad Sabu has said: “I’m a Malay and I don’t feel insulted.”
Bayangkan kata-kata Mat Sabu di jadikan contoh untuk menunjukkan orang Melayu sebenarnya tidak berasa terhina dengan tindakan tersebut.
Kit Siang sekali lagi cuba main silap mata dengan memberikan contoh tersebut.
Kepada Lim Kit Siang , orang Melayu kenal siapa Mat Sabu !!! sumber
Maka dengan semua penjelasan di atas MMI boleh rumuskan bahawa veteran DAP ini sekadar berlakon kononnya alim !
MMI
faktor kesihatan
ReplyDelete