Adakah anda merasakan Anwar Ibrahim adalah seorang manusia dan pemimpin yang punya karisma sebagai tokoh negara ?
Yang pasti penyokong totok dan penjilat Anwar akan bersetuju dengan kenyataan di atas malah mungkin akan di tokok tambah pula sebagai pejuang rakyat kononnya.
Dalam dunia politik Anwar mungkin punya kelebihan itu kerana faktor sentimen politik yang kini wujud melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat namun hakikatnya Anwar Ibrahim bukanlah seperti mana yang banyak pihak saksikan di pentas-pentas ceramah.
Beliau sebenarnya adalah seorang manusia dan rakyat Malaysia yang tidak punya integriti sebagai seorang pemimpin.Waima untuk menyaingi pemimpin kecil dalam Pakatan Rakyat sekalipun Anwar sebenarnya tidak punya kelebihan itu.
Cuma yang sering berlaku adalah Anwar memiliki satu kebolehan luar biasa yang sering di gunapakai olehnya iaitu menjadi pelakon politik untuk menghalalkan sesuatu.
Inilah yang berlaku dan lakonan itu ternyata berjaya membuat banyak pihak khususnya penjilat-penjilat tegar PKR terkesima dengan aksinya.
Antara yang terbaru adalah kemelut politik yang sedang melanda parti PKR di Selangor , Anwar di lihat menggunakan segala helah untuk melakukan diversion dengan PRK Kajang sedangkan isunya adalah masalah dalaman PKR di Selangor.
Lihat sahaja bagaimana banyak pihak terarah kepada isu di Kajang sedangkan isu-isu utama melibatkan kerajaan negeri Selangor dan masalah dalaman PKR Selangor masih belum selesai.
Terkini pula Anwar perlu berdepan dengan kes liwat di Mahkamah Putrajaya dan apa yang berlaku setelah GAGAL untuk mengenepikan peguam Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah , Anwar langsung mendapatkan MC di Hospital Pantai Cheras.
Lihatlah bagaimana Anwar mempermain-mainkan institusi kehakiman dan undang-undang negara !
Seorang pemimpin seperti Anwar yang sering bercakap tentang integriti dan kredibiliti boleh dengan selamba mendapatkan MC supaya beliau punya alasan untuk tidak hadir ke mahkamah.
Bagi MMI , Anwar sudah melacurkan institusi kehakiman & undang-undang negara .
Seharusnya pihak yang berwajib menyiasat kenapa MC itu di keluarkan ? Siapa doktor yang mengeluarkan MC tersebut ?
Isunya hampir sama dengan seorang pekerja biasa yang tidak punya nama seperti Anwar secara tiba-tiba mendapatkan MC , sudah tentu tindakan itu akan di lihat sebagai satu pembohongan.
Inilah Anwar Ibrahim dan sikap sebegini telah di lakukan oleh beliau sebelum ini , kali ini cuma kesinambungan daripada episod yang lalu.
Apakah episod kali ini juga akan ada sambungannya ?
MMI
Saya setuju dengan penulis. Seharusnya pihak2 blogger dan media jangan highlight cerita ttg anwar. Sebalik highlight cerita kemelut pkr dan situasi pkns, kemelut dalaman dap.
ReplyDeleteJangan highlight the individual.