Followers

Tuesday 18 February 2014

Karpal Menanti Masa , Perlu Over Your Body Juga Ker ??


Isu antara Karpal Singh dan Sultan Perak bermula sejak zaman Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin lagi selepas Karpal lantang mengkritik dan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009.

Beliau dituduh membuat kenyataan yang berbau hasutan merujuk kepada penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang kononya didalangi Sultan.Karpal dalam kenyataanya ketika itu berkata bahawa tindakan Sultan itu boleh dipersoalkan di mahkamah.

Merujuk kepada kes Karpal ini,Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat ini sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah atau tidak dengan kesalahan menghasut.Kesalahan ini boleh menyebabkan Karpal didenda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah.

Tindakan Karpal ini amat dikesali sekali kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini,institusi raja ditentang dengan begitu agresif sehingga mahu mengheret pihak istana ke peringkat perundangan hanya kerana kekecewaan dan melibatkan kepentingan politik kotor segelintir pihak.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat akan terbatal tugasnya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.Karpal ketika ditanya tentang hukuman ini tetap tenang dan sedar apa yang akan tejadi jika beliau bersalah

“Saya sedar jika didapati bersalah, karier politik saya akan berakhir, tetapi saya sudah lakukan apa yang rakyat harap kepada saya".“Saya tidak pernah menyesal,” ujar ..

Kumpulan peguam Karpal dilihat akan cuba sedaya upaya untuk mertahankan atau mengurangkan denda yang bakal dikenakan jika beliau disabitkan dengan kesalahannya oleh pihak makhamah.Jika tidak berjaya mengurangkan denda,status beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen Gelugor secara automatik terbatal dan Pilihan Raya Kecil akan diadakan di Parlimen tersebut.

Terdahulu, Gobind yang juga peguam Karpal dalam kes ini berkata, kenyataan Karpal dalam sidang akhbar di firma guamannya pada 6 Feb 2009 dibuat secara ikhlas dan disokong undang-undang kes.Beliau berkata, Karpal tidak mempersoal kuasa budi bicara atau prerogatif Sultan Azlan Shah tetapi cara pemerintah itu mengendalikan krisis politik di Perak.

"Karpal, dalam kenyataan media beliau menegaskan bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa untuk bertindak di bawah Perkara 16(6) perlembagaan negeri berkenaan sekiranya Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)."ujar Gobind kepada Bernama.

Mahkamah Tinggi sebelum ini telah melepaskan dan membebaskan Karpal daripada pertuduhan menghasut pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan.sumber

Psst kalau dia nak over body juga kita pakat pi ramai-ramai , bagi dia reti sikit !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels