Followers

Sunday 23 February 2014

KeEGOan Khalid Samad LAYU Di Pentas Muzakarah


Muzakarah kalimah Allah dari sudut perundangan anjuran MOBTV baru-baru ini dilihat tidak lebih daripada sekadar sembang kedai kopi tanpa sebarang kesimpulan apabila Khalid Samad yang merupakan salah seorang panel dalam program itu GAGAL memberi hujah berlandaskan aspek perundangan.

Mungkin merasakan dirinya pakar dalam perundangan, Ahli Parlimen PAS Shah Alam itu hadir ke studio MOBTV tanpa sebarang persediaan atau rujukan berkaitan dengan undang-undang.

Berbeza dengan Datuk Seri Noh Omar beliau hadir dengan buku-buku perundangan seperti enakmen negeri Selangor dan beberapa nota-nota yang bertepatan topik yang dibincangkan.

Noh memulakan hujah dengan menjelaskan beberapa artikel dalam Perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan Islam seperti artikel 3, artikel 11, artikel 12, kedudukan Mahkamah Syariah dan sebagainya.

Menurut Noh, artikel 11 yang mengatakan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan beragama sering disalah tafsir dan disalah faham oleh sesetengah pihak.

“Tetapi kebebasan beragama ini tertakluk kepada artikel 11(4) di mana kerajaan-kerajaan negeri dan wilayah persekutuan diberikan kuasa untuk mengubal undang-undang supaya agama-agama lain tidak boleh disebarkan dikalangan orang-orang Islam,” jelasnya.

Dalam konteks negeri Selangor pula, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang menjelaskan terdapat enakmen yang melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh mana-mana pihak selain daripada penganut agama Islam.

Bagaimanapun, Khalid yang berhujah kemudiannya mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggapnya hanya sekadar pandangan yang digunapakai dan mahu semua pihak rujuk semula kepada sejarah Rasulullah.

Beliau kemudiannya mempersoalkan pula perkara nombor sembilan dalam Enakmen Undang-undang Bukan Islam yang disifatkannya sesuatu yang tidak rasional.

“Apa matlamat disebalik enakmen undang-undang bukan Islam? Ianya digunakan untuk menyekat penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Kalau kita baca enakmen itu daripada nombor satu hingga nombor lapan tiada masalah.

“Tetapi perkara nombor sembilan secara tiba-tiba menyebut kalimah-kalimah yang tidak boleh digunapakai bukan sahaja dalam kitab atau buku tetapi juga dalam ucapan dikhalayak ramai walaupun tidak ada usaha penyebaran agama.

“Ianya akan digunakan hanya dikalangan mereka, jadi apa isunya?,” soal beliau.

Khalid juga cuba menyalahkan kerajaan dalam isu penggunaan kalimah Allah ini kerana inisiatif 10 perkara dalam perjanjian percetakan, pengimportan dan pengedaran naskah Bible versi Bahasa Malaysia di Semenanjung Malaysia sebagai punca.

Hampir keseluruhan hujah Khalid tidak berkaitan dengan perundangan sebaliknya hanya menceritakan sirah nabi dan keadaan masyarakat zaman dahulu kala.

Moderator muzakarah tersebut, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz sesekali menegur Khalid yang sering memberi hujah diluar daripada topik yang diperbincangkan.

Shamrahayu yang juga merupakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga keliru dengan tafsiran undang-undang yang dibuat oleh Khalild sehingga meminta AJK PAS Pusat itu menjelaskan semula.

“Kalau hendak timbulkan isu tidak layak, MOBTV jangan jemput kita berdua (panel). Saya bukan ulama, lalu saya tidak layak jadi jangan jemputlah.

“Saya cabar mana-mana Majlis Fatwa nafikan mana-mana ayat Al-Quran yang saya sebut. Hendak selesaikan ini mudah sahaja kemukakan satu fatwa atau Ijma’ para ulama,” kata beliau yang tidak gembira dipersoalkan kelayakkan dan kemampuannya.

Setelah melihat Khalid berpusing-pusing berhujah, Noh meminta Khalid menyatakan pendirian sebenar berhubung kalimah Allah tetapi nyata jawapan sangat mengelirukan.

“Ianya salah tapi ianya tidak tepat tetapi kita tidak boleh halang. Ini hak mereka (bukan Islam) agama mereka,” jawab Khalid.


Noh membidas tindakan Khalid yang mempertikai keputusan Majlis fatwa dan enakmen negeri Selangor yang baginya ahli Parlimen Shah Alam itu bukan ahlinya atau pakar untuk mempersoalkan hal itu.

“Nampak YB membuat tafsiran sendiri. Saya kata ulama pakar, Majlis Fatwa membuat keputusan pasti mempunyai dalilnya. Kalau YB layak sebagai ahlinya, pastilah paling tidak YB dilantik di dalam Majlis Syura Ulama PAS.

“Hendak duduk dalam Majlis Syura Ulama pun tidak layak, YB hendak pertikaikan keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa,” ujar Noh.

Noh nyata kecewa apabila Khalid bukan sahaja mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa, bahkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS juga dianggapnya hanya sekadar pandangan dan bukan untuk diikuti.

“Kalau Majlis Ulama PAS yang Nik Aziz ada di situ, Datuk Harunnya boleh lagi dipertikai, yang itu saya angkat tanganlah. YB punya ilmu agama ini lebih tinggi daripada Nik Aziz, daripada Datuk Haron Din,” kata Noh.

Kesimpulannya, pertembungan malam itu tidak lebih sekadar sikap lepas batuk di tangga oleh Khalid yang mungkin tidak menyangka Noh menerima cabarannya untuk mengadakan muzakarah tersebut.-bnbbc.my

MMI yang turut mengikuti siaran secara langsung tersebut juga sebenarnya kecewa dengan apa yang dihujahkan oleh Khalid Samad , agak menghairankan bagaimana seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam boleh pula berpendirian sedemikian.

Paling mengjengkelkan apabila Khalid di lihat lebih suka mempertahankan tindakan bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah.Beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah dengan baik tetapi cukup mengelirukan sehingga moderator sendiri keliru dengan kenyataan beliau.

Lihat sahaja kelakuan pemimpin PAS bernama Khalid Samad ini , bahasa badannya sahaja sudah menunjukkan kepada kita siapa Khalid sebenarnya.


Lihatlah bagaimana Khalid tidak pernah memberikan tumpuan sewaktu Noh berhujah malah beliau sering kali di lihat melihat kepada telefom bimbitnya yang MMI yang percaya sedang melayan akaun tweeternya.


Sebagai pemimpin seharusnya kita punya bahan untuk di rujuk supaya setiap hujah itu berlandaskan fakta dan bukan di buat sesuka hati atau mengikut logik akal.Inilah yang berlaku kepada khalid dan lihat sahaja perbezaan di antara kedua-dua panel tersebut.Noh dengan bahan dan rujukan di atas meja manakala Khalid mungkin sudah terlalu yakin segala ilmu sudah penuh di dada.

Inilah Khalid Samad ego dengan apa yang di milikinya dan kerana keegoannya itulah beliau jatuh tersungkur di pentas muzakarah.

Shame On You !!

MMI

3 comments:

  1. Replies
    1. Terbaik Bro .. Thanks .. MMI dah pautkan blog grandmarquis refer to list informatif.

      Delete
  2. nama parti islam,tapi habuk tak nak pertahankan nama Allah...mcm yahudi kau khalid

    ReplyDelete

Labels