Followers

Wednesday 9 April 2014

Kenapa Perlu Pulau Kedua ? Agenda Rejim DAP SINGAPURAkan Penang


Setelah bertapak di bumi Pulau Pinang , DAP mula menunjukkan belangnya untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua.

Sesuatu yang agak mengejutkan cuba di lakukan oleh kerajaan negeri memandangkan di saat rakyat ternanti-nanti pembangunan mampu milik , Lim Guan Eng pula boleh mencadangkan untuk mewujudkan pulau buatan kononnya bagi mewujudkan lebih banyak kawasan untuk pembangunan.

Cadangan kerajaan negeri untuk mewujudkan pulau buatan di Tanjung Tokong melibatkan 760 ekar keluasan tanah dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM25 bilion telah mendapat bantahan keras oleh 16 NGO di negeri ini.Malah banyak pihak meragui keberkesanannya memandangkan kesannya kepada banyak pihak.

Menurut NGO terbabit projek tersebut akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar , nasib kehidupan 470 nelayan di kawasan terbabit dan juga akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Bertindak di atas bantahan tersebut SM Mohd Idris yang menerajui Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) serta kumpulan pencinta alam sekitar , Sahabat Alam Malaysia (SAM) turut merancang untuk mengadakan demontrasi besar-besaran jika projek tersebut tetap di teruskan oleh kerajaan negeri.

Menurut beliau lagi projek cadangan Tanjung Pinang Development Sdn Bhd, iaitu syarikat subsidiari E&O Property Development Bhd itu merancang membangunkan dua pulau buatan berkeluasan 304 hektar lanjutan daripada projek Seri Tanjung Pinang Fasa I (STP1).

Beliau berkata Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) STP1 yang dipamer untuk semakan awam di Kompleks Tun Abdul Razak sejak pertengahan Januari lepas dilihat tidak memperincikan kesan sampingan projek itu kepada alam sekitar terutama golongan nelayan.

"Keperluan projek dikatakan untuk melegakan tekanan pertumbuhan dan kekurangan tanah sedangkan kajian kesan kepada golongan nelayan dan hidupan marin tidak diperincikan," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown semalam.


Beliau berkata STP2 dijangka menyediakan penempatan kepada 202,500 orang melonjak 30 peratus daripada populasi penduduk Pulau Pinang yang didakwanya akan membawa kepada peningkatan pembuangan sisa.

SM Mohamad berkata kesan alam sekitar susulan projek STP1 melibatkan kira-kira 97 hektar penambakan tanah yang selesai pada tahun 2006 dapat dilihat dengan jelas antaranya pemendapan dan pembentukan lumpur di sepanjang pinggir pantai Persiaran Gurney akibat arus laut lemah.

Selain itu, kehilangan 328 hektar kukup atau benteng lumpur yang menjadi komponen penting kepada rantai hidupan marin menjejaskan pendapatan nelayan di kawasan Gurney, Tanjong Tokong dan Tanjong Bungah, katanya.

Beliau berkata CAP telah mengemukakan ulasan laporan DEIA itu kepada Jabatan Alam Sekitar pada 6 Mac lepas dan berharap ia dipertimbangkan dengan serius oleh pihak berkenaan.

Tindakan CAP dan NGO lain wajar di puji memandangkan projek tersebut merupakan satu lagi perancangan kerajaan negeri DAP yang di rasakan punya agenda tersendiri.Di saat pelbagai rungutan daripada banyak pihak khususnya rakyat marhain tentang kurangnya pembinaan rumah mampu milik , cadangan sedemikian boleh pula di kemukakan oleh kerajaan negeri.

Dalam masa yang sama masih banyak ruang dan tanah-tanah khususnya di Seberang Perai yang boleh di bangunkan oleh kerajaan negeri sekiranya mereka punya niat dan keikhlasan untuk membina rumah-rumah mampu milik untuk kemudahan rakyatnya.

Persoalannya di sini mengapa kerajaan negeri begitu beria-ia mahu mewujudkan pulau baru dan adakah pembangunan yang bakal di jalankan itu memiliki ciri-ciri mampu milik ? sumber 

Komen MMI dalam diam-diam mereka merancang dan merancang malah ada yang sudah di laksanakan pun.Orang kita buat apa ?

Yang pasti bakal terkena tempiasnya adalah rakyat di akar umbi ! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels