Followers

Monday, 14 April 2014

#MH370 Apa Benar CIA Sembunyikan Sesuatu ??


Insiden kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airline kini sudah menjangkau sebulan lebih dan sehingga kini tanda-tanda pesawat tersebut masih gagal di temui.Setakat ini operasi pencarian masih di teruskan melibatkan kawasan di Lautan Hindi di mana pesawat di katakan berakhir.

Kehilangan ini bukan sahaja meresahkan ahli keluarga yang terlibat tetapi turut mengheret kerajaan berdepan dengan pelbagai spekulasi serta teori bukan sahaja dari kalangan rakyat Malaysia tetapi juga dunia.

MMI juga antara yang mengikuti perkembangan insiden ini malah ada ketikanya sedikit risau dengan perkembangan demi perkembangan yang memungkinkan pesawat malang MH370 ini di rampas oleh pihak-pihak berkepentingan dengan motif tertentu.

Paling merisaukan MMI adalah kesannya kepada negara Malaysia sendiri dan ianya pernah MMI catatkan di artikel sebelumnya.Baca SINI 

Kini spekulasi bergelar lagi dan ianya bukan sahaja merisaukan tetapi menimbulkan persoalan , apa benar CIA sembunyikan sesuatu dari pengetahuan kita dan dunia ?

Laporan di bawah menyentuh tentang persoalan di atas ...


WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.

MMI

1 comment:

  1. PDRM tengah menyiasat. Kalau kantoi, mampos la pengarah CIA. Dia ingat Malaysia ni cikai.

    ReplyDelete

Labels