Followers

Saturday 12 April 2014

Penyelewengan ! Mana Guan Eng ??


Keadaan hampir sama dengan sebelum-sebelum ini apabila terdapat laporan yang merujuk kepada ketirisan mahupun kegagalan pihak pembangkang menguruskan pentadbiran mereka.

Dulunya pantang ada sahaja perkara yang menyentuh kepada kegagalan kerajaan persekutuan sudah pasti mulut-mulut pemimpin pembangkang akan mula terkumat-kamit mengkritik. 

Malah ianya sampai ke tahap menjadi agenda dalam setiap ceramah mereka di pentas berbayar (tin milo) mendedahkan satu persatu kepincangan yang berlaku seolah-olah kerajan persekutuan cukup lemah berbanding Pakatan Rakyat.

Kini apabila laporan Ketua Audit Negara di dedahkan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat khususnya kerajaan DAP di Pulau Pinang diam seribu bahasa.Rata-rata pengikut politik tertanya-tanya di manakah suara pemimpin seperti Lim Guan Eng dalam mendepani pendedahan tentang kepincangan ini ?

Kepincangan yang di dedahkan bukan sesuatu yang biasa tetapi melibatkan wang rakyat yang seharusnya segera di jawab oleh kepimpinan negeri.

Pendedahan laporan ketua audit negara mengenai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang yang di miliki oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang di laporkan mempunyai seramai 27 orang pensyarah tanpa permit mengejut banyak pihak.

Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku pada ketika kerajaan negeri tidak henti-henti melaungkan tentang slogan kucing kurapnya CAT ?

Selain daripada itu , rakyat Pulau Pinang bukan sahaja terpaksa menghalalkan pengurusan kewangan yang tidak cekap tetapi perlu menerima hakikat bahawa kesan daripada pemilihan kerajaan DAP ini maka berjuta wang rakyat telah di gunakan melalui cara yang langsung tidak efisien.

Paling menjijikkan adalah Kontraktor Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang GAGAL mematuhi kuota asas dalam pungutan sampah tetap atau masih menerima bayaran bulanan berlebihan berjumlah RM1.43 juta.

Bukankah RM1.43 juta itu merupakan nilai pembaziran yang cukup besar ?

Atau ianya di lakukan kerana kepentingan pihak-pihak tertentu ? Baca Selanjutnya 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels