PRK Bukit Gelugor sudah pun melabuhkan tirainya dan seperti semua pihak sedia maklum calon daripada DAP muncul sebagai pemenang.Tak perlu di sebut nama sebab ramai dah kenal Ahli Parlimen baru ini , cuma sebagai rakyat sudah tentu tugas serta perkhidmatannya akan menjadi tumpuan banyak pihak.
Walaupun DAP menang di Bukit Gelugor , MMI tengok semacam ada sesuatu yang tak kena berlaku semenjak proses pengundian di jalankan.Kehadiran orang kuat kerajaan negeri Pulau Pinang menyamar dengan memakai jaket PPS amat memalukan malahan tindakan itu sebenarnya mencerminkan betapa DAP begitu takut sekiranya Bukit Gelugor jatuh ke tangan calon BEBAS khususnya daripada PCM yang memberikan tentangan sengit di waktu kempen.
Harapan MMI adalah pihak Polis dan SPR perlulah dengan kadar segera menyiasat laporan yang telah di buat oleh calon PCM berkaitan tindakan DAP melanggar peraturan yang telah di tetapkan oleh SPR.Jangan pula kerana DAP menang dengan majoriti 30 ribu lebih maka pihak berkuasa berdiam diri.
Sekiranya itu berlaku maka tidak adillah kepada calon-calon lain yang mengikut peraturan seperti mana yang di tetapkan.
Sebenarnya keputusan di Bukit Gelugor sudah pun membuktikan betapa rakyat semakin muak dengan politik yang di amalkan oleh DAP.Bayangkan tanpa kehadiran Barisan Nasional pun DAP tidak mampu mencapai matlamat mereka malahan jauh sekali untuk sekurang-kurangnya mengekalkan jumlah majoriti sebelumnya.
Apakah benar Bukit Gelugor kubu kuat DAP ? Bagi MMI mungkin tetapi jika kena caranya Barisan Nasional mampu untuk menewaskan keegoan DAP satu hari nanti.Jika parti sekecil PCM pun mampu menggugat DAP masakan BN tidak mampu !
Pandangan MMI , BN Pulau Pinang perlu segera merubah dan perubahan itu perlu di lakukan dengan melibatkan semua peringkat bukan hanya orang suruhan yang di minta berubah tetapi orang yang memberikan arahan juga sebenarnya perlu berubah atau di ubah demi kelansungan perjuangan BN untuk rakyat Pulau Pinang.
Kini tumpuan sudah terarah kepada PRK di Teluk Intan.
Segala yang berlaku di Bukit Gelugor sudah menjadi kenangan atau tercatat sebagai bahan sejarah.Namun seperkara yang harus kita tahu adalah Bukit Gelugor dan Teluk Intan tidak ada bezanya.Pertandingan antara parti-parti politik berlaku seperti kebiasaannya.
Cuma yang lebihnya makian terhadap orang Melayu semakin menjadi-jadi..Kenapa agaknya ??
Bersambung di artikel seterusnya..
MMI
No comments:
Post a Comment