Followers

Monday, 26 May 2014

Hati-Hati Dengan Ghairah Anak Muda


Mungkin ada yang tak perasan kehadiran Dyana Sofya di Teluk Intan seolah-olah mengulangi sejarah seorang calon sewaktu di calonkan sebagai Ahli Parlimen di salah satu kawasan di Kedah satu ketika dulu.Berpusu-pusu orang ramai ingin melihat wajah anak Melayu ini kononnya cantik dan punya aura tersendiri.

Malahan pada ketika itu pak - pak aji pun tak kurang banyaknya yang kena cubit oleh mak aji apabila mata tak berkedip melihat si calon berucap dalam siri kempennya.

Namun ada sesuatu yang perlu kita ingat .. Tidak semua yang kita lihat di luar itu mencerminkan dalamannya.Pengalaman MMI cubitan yang di alami oleh pak-pak aji di Kedah satu ketika dulu sebenarnya tidak berbaloi kerana sikap tuan badan tidak seperti mana yang harapkan.

Pengalaman ini MMI alami sendiri dan tak perlulah di dedahkan kerana yang lebih penting adalah orang-orang Melayu perlu segera di kejutkan.Jangan sesekali terpedaya dengan wajah dan janji dalam masa 2 3 minggu kerana kesannya makan tahun.

Untuk itu kehadiran Dyana Sofya di Teluk Intan sebenarnya harus menjadi kayu ukur buat orang-orang Melayu kerana inilah sebenarnya agen DAP yang sedang di pergunakan untuk memecah tembok MELAYU.

Ada sesuatu yang harus kita lihat dan perincikan , MMI tidak berbohong kerana apa yang di catatkan punya BUKTI kukuh bahawa mereka (DAP) sudah berjaya meletakkan sebelah kaki dalam minda dan jiwa anak-anak muda kita sendiri.

Jangan lupa semua kenyataan daripada Natassia Roslan Exco Puteri Umno cawangan Gombak yang juga teman baik Dyana Sofya berkenaan pencalonan Dyana dan penyertaan sahabat baiknya itu ke dalam parti DAP benar-benar mengejutkan MMI.


Lebih banyak pendedahan mengenai pembangkang mungkin menjadi faktor calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai parti itu.

Beliau berkata pencalonan Dyana Sofya sebagai calon DAP pada PRK Teluk Intan bukanlah satu perkara yang mengejutkan mereka sebagai rakan.

Beliau yang pernah bersekolah malah sekelas dengan Dyana di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur memberitahu, pendedahan daripada pihak pembangkang mengenai parti mereka kepada calon DAP itu memungkinkan penglibatannya dalam parti tersebut.

“Dia (Dyana) mungkin mendapat pendedahan daripada sebelah sana (DAP) dan saya tidak pasti berapa input yang dia dapat,” katanya kepada para pemberita pada majlis yang dianjurkan oleh Puteri Umno dekat Menara Condong di Teluk Intan, malam Jumaat.

Ditanya adakah Dyana cuba mempengaruhi rakan-rakan sekolahnya untuk menyokong DAP, Natassia menjelaskan bahawa masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza.

“Walaupun masing-masing teman baik pun, mungkin sokong pembangkang… mungkin sokong kerajaan. Kita boleh lepak bersama-sama macam biasa tetapi tidak akan ganggu persahabatan walaupun berlainan ideologi dan fahaman politik,” katanya.

Sukar untuk MMI ulas , bimbang di tuduh sebagai kurang ajar atau biadap tetapi kerana memikirkan tentang perjuangan maka MMI putuskan untuk mengulas.

Sedarkah kita bahawa kenyataan Natassia merupakan contoh betapa kita suka bersikap sambil lewa dan sering mengabaikan tanggungjawab kita terhadap perjuangan parti.Jika perjuangan dan parti menjadi keutamaan kita , sudah barang pasti anak muda seperti Natassia akan cuba bermati-matian untuk menyelamatan kawannya itu daripada terjebak dengan politik DAP.

Malahan penyertaan Dyana bersama DAP di anggap sebagai bukan sesuatu yang mengejutkan.Pendedahan tentang parti pembangkang terhadap Dyana membuktikan orang-orang kita sendiri sebenarnya GAGAL memupuk rasa dan kasih UMNO kepada orang Melayu sendiri.

Kenapa ini berlaku ?


Ingat !! Sudah ramai anak Melayu kini berubah dan perubahan itu menuntut supaya kepimpinan UMNO di semua peringkat supaya segera melakukan perubahan.Jangan berlengah kerana lagi kesilapan yang kita lakukan selepas ini akan menyebabkan munculnya Dyana Sofya yang kedua , ketiga , keempat , kelima dan seterusnya.

Adakah itu yang kita mahukan ??

MMI tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa cuma sekadar mencatatkan sedikit rasa gelisah khususnya tentang generasi pelapis pejuang zaman.

Bimbang apakah masih ada MELAYU selepas MELAYU !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels