Followers

Thursday, 22 May 2014

Arghhh Tolongggg PANDAAAA !!!!


Secara tiba-tiba panda menjadi isu dan perbualan banyak pihak.Kehadiran panda daripada negara China ke Malaysia bukan sahaja mendapar perhatian orang ramai dan anak-anak kecil yang sukakan kepada binatang comel ini tetapi turut menarik perhatian puak-puak yang kerjanya politik 24 jam.(Gambar atas sekadar hiasan)

Langsung tak pernah mahu ambil tahu tujuan dan kenapa panda dari China itu tiba di Malaysia.Yang mereka tahu mesti di politikkan untung-untung ada rakyat yang termakan dengan dakyah penuh fitnah itu bagi mencapai matmalat memburukkan kerajaan.

Kepada pihak yang masih samar dan mahu ambil tahu tentang isu ketibaan beruang panda dari negara China ke Malaysia di bawah ni ada maklumat yang boleh sama-sama kita kongsikan.


1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner)Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia - Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia - China. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. "Pinjaman" panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.

9. Kita berharap agar "pelaburan" negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China - sama seperti "pelaburan" kita ke atas hantaran perkahwinan - selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!

Untuk rekod "Panda Diplomacy" bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels