Followers

Thursday 22 May 2014

Siapa "BOO HOOD" ? DAP Tergugat Di Bukit Gelugor


DAP kini di lihat mula membawa turun pemimpin-pemimpin utama mereka dari seluruh negara bagi membantu kempen di PRK Bukit Gelugor.

Satu tindakan yang di rasakan agak sedikit kelam kabut memandangkan Bukit Gelugor sebelum ini di kenali banyak pihak sebagai "Stronghold DAP" atau kubu kuat DAP dan dinasti Karpal.

Namun kehadiran calon Ramkarpal sebagai pengganti kepada mendiang Karpal di lihat banyak pihak tidak membantu DAP untuk mendapatkan kemenangan mudah seperti mana yang di war-warkan sebelum ini.

Semua ini berlaku berikutan kehadiran calon daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan yang di lihat memberikan tentangan sengit kepada Ramkarpal di Bukit Gelugor.

Dengan siri kempen bertemu rakyat , Datuk Huan di lihat amat di senangi masyarakat setempat memandangkan calon daripada PCM ini punya sikap mesra rakyat.Malahan kemesraan itu bukan sahaja berlaku sewaktu beliau turun berkempen tetapi juga berterusan walau di mana sahaja beliau berada.

Gerak kempen yang di susun oleh jenteranya di lihat konsisten dan kerana itu DAP mula berasa tercabar seterusnya mula menggerakkan jentera sibernya RBA untuk menyerang Datuk Huan dalam usaha menjatuhkan reputasi beliau sebagai calon yang mesra rakyat.

Datuk Huan dalam sidang media semalam menyatakan beliau bukan sahaja di tuduh oleh DAP sebagai pencetus kepada fitnah yang menyatakan Ramkarpal adalah gay tetapi turut di tuduh sebagai seorang pemimpin pengecut atau dalam bahasa cina yang di gunakan adalah "Booo Hood".

Serentak dengan itu beliau telah menunjukkan bukti bagaimana serangan RBA terhadap beliau dengan membuat tuduhan menyatakan Datuk Huan juga adalah seorang lelaki Gay beserta dengan gambar bagi tujuan mengaibkannya.

"Saya ada isteri , dua anak dan cucu .. saya bukan GAY" antara ungkapannya kepada pihak media semalam.

Kenapa perlu menyerang peribadi calon ? Kita harus "gentlemen" dalam persaingan di Bukit Gelugor dan berkempenlah secara sihat kenapa perlu sampai ke tahap menuduh saya dengan perkataan seperti "Boo Hood" ? tambahnya lagi.

Untuk makluman "boo hood" merupakan perkataan dalam bahasa cina dan maksudnya bolehlah di istilahkan sebagai pengecut.

Ternyata serangan demi serangan terhadap calon PCM ini telah membuktikan bahawa DAP sebenarnya tergugat hanya dengan kehadiran Datuk Huan daripada Parti Cinta Malaysia.sumber

Komen MMI parti PCM ni kecik jer bro , mana boleh lawan DAP yang hebat satu Malaysia tu..Tapi bile tengok cara ada yang nak terkencing dalam seluaq dah !!

Ada orang tanya MMI siapa yang patut di pilih oleh pengundi di Bukit Gelugor ?

Kepada pengundi di Bukit Gelugor ,

1.Ramkarpal adalah suku sakat Karpal ... kroni !!
2.Nabi Bux ahli PAS yang parti sendiri pun tak mau mengaku sebab parti gila meroyan dengan DAP ... Susah !!
3.Abu Backer kira kepala otak dia ja ... mau krem penduduk Bukit Gelugor !!

4.Datuk Huan PCM .. Tengok gerak kerja dia serta siri kempennya .. MMI ingat rakyat dan pengundi lebih bijak menilai !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels