Insiden di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berlaku kerana orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang sudah tidak lagi mampu bersabar dengan sikap yang di tunjukkan oleh pemimpin DAP yang sering kali menghina bukan sahaja bangsa Melayu tetapi juga agama Islam.
Malahan dalam beberapa kejadian orang Melayu turut di tekan melalui perobohan gerai-gerai seterusnya menyebabkan kedudukan ekonomi orang Melayu terkesan.
Namun setiap kesabaran itu punya hadnya dan hari ini tidak seperti kebiasaannya , kehadiran sekumpulan orang-orang Melayu daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik telah menyebabkan keadaan di depan pintu masuk bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tegang.
Suasana tegang itu berlaku apabila tuntutan kumpulan orang Melayu dan Islam ini tidak di hiraukan oleh pihak yang sepatutnya.Malahan kelibat RSN Rayer yang menjadi dalang kepada tercetusnya insiden siang tadi turut tidak kelihatan.
Justeru itu ianya menimbulkan lagi kemarahan kumpulan orang Melayu yang berkumpul dan wakil-wakil orang Melayu ini mula berucap.
Wakil daripada NGO Islam
Wakil daripada kumpulan orang-orang Melayu yang hadir
Kumpulan ini terus bertahan di hadapan pintu masuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sehinggalah pasukan Polis yang berkawal bertemu dengan wakil mereka dan satu rundingan telah di buat.Pihak Polis telah meminta kesemua peserta supaya berundur ke seberang jalan sementara pihak Polis masuk ke Dewan Undangan Negeri untuk melakukan perbincangan dengan pihak berkaitan.
Justeru itu kumpulan orang-orang Melayu ini akur dan menantikan keputusan di seberang jalan sambil menyanyikan lagi Inilah Barisan Kita.
Namun seperkara yang agak mengejutkan berlaku apabila dengan pantas Speaker Dewan Undangan Negeri telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan kumpulan terbabit menyerbu masuk ke Sidang DUN.Sedangkan Speaker tidak langsung mengarahkan supaya Adun Seri Delima RSN Rayer segera membuat permohonan maaf.Baca Sini
Apakah ini di namakan demokrasi yang di laung-laungkan oleh kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang ?
Tekanan demi tekanan yang di kenakan terhadap orang Melayu Pulau Pinang sehingga memaksa mereka untuk bangun tidak pernah di anggap sebagai isyarat oleh kerajaan negeri DAP sebaliknya mereka terus dengan agenda tersembunyi mereka.
Sikap Adun Seri Delima yang secara terang-terangan cuba mewujudkan sentimen kebencian antara kaum tidak pernah di lihat sebagai RASIS sebaliknya ia di arahkan kepada UMNO.
Sebagai rakyat mereka tidak lagi mampu bertahan dengan segala macam permainan politik oleh kerajaan DAP dan mereka cuma punya suara yang seharusnya di dengari namun hakikatnya apakah Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan seluruh pimpinannya mendengar rintihan orang-orang Melayu di Pulau Pinang selama ini ?
Jika RSN Rayer yang telah menghina dengan jelas orang-orang Melayu sebagai celaka pun tidak pernah di ambil sebarang tindakan , apakah tindakan sekumpulan orang Melayu yang membuat bantahan di depan Dewan Undangan Negeri siang tadi untuk menuntut RSN Rayer supaya bersemuka dan membuat permohonan maaf bercanggah dengan demokrasi ?
Jika jawapannya benar , maka Lim Guan Eng perlu menjelaskan demokrasi yang bagaimanakah cuba di bawa oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang ? sumber
Macam biasa inilah yang sering berlaku apabila bangsa Melayu bangun membantah puak-puak haram jadah ni !!
MMI
MMI
No comments:
Post a Comment