Kehadiran Dyana Sofya di bumi Teluk Intan mewakili parti DAP dalam PRK yang kini sedang berjalan seolah-olah menjadikan parti DAP begitu yakin untuk mencapai kemenangan.
Tidak di nafikan kehangatan calon muda ini memberikan impak tersendiri termasuklah di kalangan orang-orang Melayu.
Namun ada sesuatu yang sebenarnya meresahkan DAP dan pimpinannya pada hari ini.
Mereka sudah melihat bahawa sambutan orang Melayu terhadap Dyana tidak ubah hanyalah sekadar gimik kesan daripada keterujaan rakyat dengan calon yang di usung bagai selebriti oleh DAP.Mereka juga tahu bahawa orang Melayu masih dengan adab dan budaya mereka yang sukar untuk membuat sebarang perubahan drastik khususnya melibatkan parti seperti DAP.
Dalam masa yang sama DAP juga sedang berhati-hati untuk melakukan analisis awal memandangkan sambutan yang di berikan oleh rakyat sebelum ini begitu sukar di jangka.Ini memandangkan kaum cina juga belum tentu memberikan sokongan terhadap Dyana Sofya berdasarkan kepada faktor kaum.Manakala orang Melayu juga di lihat sukar berdasarkan sejarah parti DAP itu sendiri.
Semua di atas menjadi kebimbangan DAP kerana kini sudah tersebar desas-desus yang menyatakan Dyana hanya di jadikan umpan oleh DAP untuk mempertahankan kerusi Teluk Intan selain daripada cubaan untuk mendapatkan perhatian orang Melayu dan sokongan orang muda.
Malahan menurut sumber-sumber dalaman DAP Perak walaupun Dyana menang pada PRK kali ini , ia bukanlah tiket secara automatik untuk membolehkan Dyana di pilih semula untuk bertanding di Teluk Intan.
Ini kerana kerusi tersebut akan di kembalikan kepada pemimpin DAP Perak yang berbangsa cina.Dyana di fahamkan akan di pindahkan ke kerusi lain dan ada kemungkinan beliau akan di calonkan untuk kerusi DUN menjelang PRU14 nanti.
Berdasarkan sumber di atas dapatlah di rumuskan DAP tidak ikhlas apabila meletakkan calon Melayu bernama Dyana bagi kerusi Teluk Intan dalam PRK kali ini.Ianya di lakukan semata-mata untuk memastikan kerusi milik DAP itu tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional kerana kesannya kepada parti tersebut amat besar.
Strategi DAP meletakkan calon Melayu di Teluk Intan sebenarnya sudah pun menjadi isu besar kepada DAP Perak apabila sebelum ini sudah ada bunyi-bunyi yang mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti membawa masuk orang luar.
Seolah-olah parti menafikan hak mereka sebagai orang tempatan yang selama ini memberikan khidmat kepada DAP.sumber
MMI
No comments:
Post a Comment