Followers

Wednesday, 28 May 2014

KJ Punca Malaysia Kalah ? Pulak Dah !!!!


Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Piala Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar.

“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.

Namun macam biasa He is Backkkk !!!!

Bomoh 1Malaysia, Datuk Ibrahim Mohd Zin menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri. 

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

“Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.

Hahahaha nampaknya bomoh Zin masih geram dengan KJ ni .. Terfikir juga kenapa agaknya Mat Zin tak teropong awal-awal sebelum final ari tu ? Kalau tidak senang-senang ja boleh menang !!

Apa raaa...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels