Followers

Monday, 23 June 2014

ADUN Seberang Jaya Halau Peniaga ?!!


Sikap menganaktirikan para peniaga bukan cina bukanlah perkara baru dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Jika sebelum ini peniaga-peniaga Melayu diusir dan gerai-gerai mereka dirobohkan , kini giliran usahawan India pula menerima nasib yang sama di Seberang Jaya.

Vigeneswaran A/L Arjunan , pemilik PP Car Wash di Jalan Tenggiri telah dihalau oleh ADUN Seberang Jaya kerana didakwa menjalankan perniagaan secara haram.

Dalam laporan sebelum ini , pemilik PP Car Wash diberitakan sudah pun memanjangkan permasalahan ini kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh termasuklah kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang namun semuanya gagal.

Lebih memeranjatkan adalah sikap Ahli Parlimen Permatang Pauh yang tidak melakukan sebarang tindakan bagi membela nasib pemilik Car Wash terbabit.Dalam masa yang sama sepucuk surat yang dihantar oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang , YB P.Ramasamy yang membenarkan pemilik PP Car Wash untuk terus menjalankan perniagaannya juga tidak bernilai.

Semalam sekali lagi demontrasi secara aman dilakukan oleh pemilik PP Car Wash bersama 25 orang yang lain membantah tindakan pengusiran oleh ADUN Seberang Jaya kerana didakwa sebagai haram.

Demontrasi yang di ketuai oleh Vigeneswaran A/L Arjunan , pemilik PP Car Wash itu turut mendapat perhatian daripada  Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Cikgu Zaidi serta kepimpinan daripada MIC dan  BN  Permatang Pauh yang prihatin terhadap kesusahan rakyat.


Beginilah sikap pemimpin Pakatan Rakyat dan juga kerajaan DAP Pulau Pinang yang langsung tidak pernah memikirkan tentang nasib dan kesusahan rakyat.Apa yang berlaku di Seberang Jaya ini seharusnya menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Pulau Pinang bahawa kerajaan DAP yang kini mentadbir Pulau Pinang bukanlah sebuah kerajaan yang prihatin dengan naisb rakyatnya.

Mereka sering kali membuat janji untuk untuk meletakkan suara rakyat sebagai keutamaan dalam setiap agenda mereka selama ini.

Namun apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan kerana sikap double standard kerajaan DAP Pulau Pinang rakyat menjadi mangsa walaupun pada masa yang sama masih banyak lagi peniaga-peniaga kaum cina yang bebas berniaga secara haram di kaki-kai lima dan jalan-jalan sekitar Georgetown dan Pulau Pinang.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels