Followers

Monday 23 June 2014

Cerita Di Sebalik Bantahan Ketua Umum Keadilan Terhadap Pembinaan Kasino Di Pahang


Dalam satu ceramah di Puchong semalam , Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyebut beliau membantah pembinaan kasino baru di negeri Pahang.

Anwar juga mendesak kerajaan Najib supaya mendedahkan siapa yang meluluskan pembinaan kasino berkenaan dan pihak mana yang menajanya.

Dalam masa yang sama Anwar turut mengangap pembinaan kasino berkenaan amat bertentangan dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Satu tindakan penuh berani daripada Ketua Umum Keadilan , ini kerana beliau dilihat begitu konsisten dalam usahanya mempertahankan hak orang Islam yang pada ketika ini gagal ditangani dengan baik oleh PAS khususnya dalam soal melibatkan perlaksanaan undang-undang hudud.

Malah isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja juga diserahkan bulat-bulat kepada pihak penghakiman tanpa sedikit pun campur tangan Ketua Umum ini untuk menentang sekiranya beliau punya pegangan dan rasa kebertanggungjawaban terhadap sensitiviti agama dan orang Islam.

Agak menarik dalam hal kalimah Allah , Anwar boleh pula tidak mengendahkan saranan daripada Datuk Harun Din yang secara terang tidak bersetuju kalimah Allah dipergunakan oleh bukan Islam.

Pendirian Anwar tentang cadangan pembinaan kasino di Pahang juga dilihat banyak pihak hanyalah satu lagi polemik politik yang sedang dipergunakan beliau untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional , ini berdasarkan tindakan Anwar yang tidak pula mempersoalkan mengenai kilang arak yang kini beropersi di Selangor.

Kita sedia maklum bahawa kelulusan bagi pembinaan kilang arak tersebut sudah berlaku semenjak Barisan Nasional memerintah Selangor namun mengapa pada ketika Pakatan Rakyat mentadbir bumi Selangor tidak ada satu pun tindakan yang dilakukan bagi menutup operasi kilang tersebut ?

Malahan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad sebelum ini turut mendapat kecaman banyak pihak Klik Sini  

Jika ada pihak menuduh Barisan Nasional bersekongkol dengan pembinaan kilang tersebut maka ia samalah dengan apa yang diungkapkan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini dalam isu penjualan arak di Selangor apabila menyatakan secara jelas ianya telah selesai apabila  Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (sebelum di pecat daripada PAS) dan anggota jawatakuasa DAP pusat, Ronnie Liu bersetuju mematuhi arahan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Merujuk kepada kenyataan oleh Anwar Ibrahim sendiri dalam Bernama bertarikh  13/08/09  beliau ada menyebut "Masalah yang digembar-gemburkan oleh media mengenai isu arak di Selangor ini telah selesai dengan baik. Pendirian kita tetap sama, iaitu tidak menggalakan percambahan penjualan arak kepada orang Islam tetapi penjualan arak kepada orang bukan Islam kekal seperti sekarang. Tidak ada masalah berbangkit. 

Apakah yang dimaksudkan oleh Anwar apabila menyebut "Tidak ada masalah berbangkit" ?

Sedangkan hakikatnya kilang arak masih berdiri kukuh di negeri Selangor yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat !

Secara prinsipnya tidak ada mana-mana pihak yang secara sembrono mahu pembinaan kasino kedua dibina di Malaysia namun setiap cadangan yang dikemukan itu mestilah mengambil kira semua aspek termasuk pihak-pihak yang bukan Islam.

Ini sudah menjadi pendirian kerajaan Barisan Nasional dalam memutuskan satu-satu cadangan dan sudah semestinya cadangan itu telah pun diamati dengan sebaik-baiknya.

Sebagai orang Islam kita tidak pernah mahu melihat pembinaan kasino atau perkara-perkara seangkatan dengannya diteruskan tetapi sejauh mana pendirian Anwar dalam hal ini sekiranya kelulusan kerajaan negeri Selangor untuk meluluskan lesen-lesen rumah urut dan pusat-pusat hiburan tidak sedikit pun di sentuh oleh Ketua Umum Keadilan ini ?

Dalam masa yang sama Anwar mungkin terlupa , Guan Eng sememangnya menolak pembinaan kasino di Pulau Pinang tetapi beliau tidak pula menolak sebarang pertumbuhan pusat hiburan dan rumah-rumah urut yang juga semakin bercambah di Pulau Pinang seperti mana di Selangor.sumber 

Komen MMI , pembinaan satu lagi kasino di Malaysia rasanya tak perlu ! Banyak lagi perkara lain yang boleh kita buat selain daripada mewujudkan pusat judi tu.Memang dari satu segi ianya untuk orang bukan Islam tetapi dah ada di Genting sudahlah.

Bab Anwar dok menyalak tu memang MMI tak pernah percaya dengan musibat ni , bohong banyak berlakon pun pandai !

Cuma MMI nak ingatkan orang Melayu dan Islam , kalau boleh jom kita pakat-pakat tengok di kawasan kita sendiri sebab banyak sangat pusat judi haram yang muncul.

Siapa jua yang punya jawatan JKKKP , JKKKN , UMNO , PAS , PKR waima kelab warga tua sekalipun cuba ampa pakat-pakat tengok selesai bab ni...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels